Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pungutan cukai pada tahun kewangan lalu tingkat 22.4%

Aug 12, 2022 | 05:30 AM



PUNGUTAN cukai di sini meningkat sebanyak $11.1 bilion, atau 22.4 peratus, pada tahun kewangan lalu berbanding dengan tahun sebelumnya.



Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) semalam berkata jumlah kutipan cukai berjumlah $60.7 bilion, mewakili 73.6 peratus daripada hasil operasi pemerintah dan 11.4 peratus daripada Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) Singapura.



Cukai pendapatan korporat merupakan bahagian terbesar dalam pungutan Iras sebanyak $18.2 bilion, atau 30 peratus.



Ini diikuti dengan cukai pendapatan individu berjumlah $14.2 bilion, di mana kira-kira 80 peratus datang daripada pembayar cukai dengan pendapatan tahunan melebihi $150,000.



Cukai Barangan dan Perkhidmatan(GST) pula berjumlah $12.6 bilion dan Cukai Setem berjumlah $6.8 bilion.



Daripada kenaikan $11.1 bilion dalam pungutan cukai pada tahun kewangan lalu berbanding dengan tahun sebelumnya, Cukai Setem merangkumi bahagian terbesar sebanyak $2.9 bilion disebabkan pasaran hartanah yang memberangsangkan dan peningkatan dalam urus niaga hartanah.



Ini disusuli dengan GST pada $2.3 bilion disebabkan penggunaan lebih tinggi kerana sekatan Covid-19 dilonggarkan dan ekonomi kembali pulih.



Pungutan Cukai Setem, yang bergantung kepada jumlah dan nilai urus niaga, mungkin berbeza-beza dari tahun ke tahun.



Sepanjang tempoh lima tahun, pungutan Cukai Setem tumbuh purata 8.4 peratus yang dikompaun secara tahunan.



Iras berkata kenaikan cukai pendapatan korporat ($2.1 bilion) dan cukai pendapatan individu ($1.4 bilion) mencerminkan pendapatan lebih kukuh serta penangguhan pembayaran cukai pada tahun kewangan lalu bagi membantu perniagaan menghadapi kesan Covid-19.



Menurut Iras, cukai yang dipungut pada tahun kewangan sebelumnya ialah $49.6 bilion, 7.3 peratus lebih rendah berbanding $53.5 bilion bagi tahun sebelum ini akibat pandemik.



Pemulihan bagi pungutan cukai boleh dilihat merentasi semua jenis cukai pada tahun kewangan lalu, sedang ekonomi Singapura kembali pulih menyusuli pelonggaran sekatan Covid-19.



Kadar tunggakan bagi cukai pendapatan, GST dan cukai hartanah jatuh kepada 0.6 peratus pada $332.8 juta bagi tahun kewangan lalu, berbanding 0.72 peratus pada tahun sebelumnya.



Melebihi pungutan cukai, Iras terus mengagihkan geran perusahaan bagi pihak pemerintah untuk menyokong perniagaan, pekerjaan dan pertumbuhan gaji bagi rakyat Singapura.



Pada tahun kewangan lalu, Iras mengagihkan sejumlah $8.2 bilion di bawah pelbagai skim termasuk Skim Kredit Gaji (WCS), Skim Bantuan Pekerjaan (JSS), Insentif Pertumbuhan Pekerjaan dan skim sokongan sewa.



Sebagai contoh, terdapat $840 juta dalam pembayaran WCS kepada lebih daripada 99,000 majikan bagi kenaikan gaji yang layak dan $3.1 bilion dalam pembayaran kepada lebih 130,000 perniagaan di bawah JSS.



Sementara itu, Iras terus mencapai kadar kepuasan pembayar cukai yang tinggi iaitu 98 peratus dalam tinjauan pembayar cukai 2021.



Perkhidmatan digital telah dipertingkatkan bagi membolehkan pembayar cukai berurusan secara mudah dengan Iras.



Menurut Iras, Ini telah mengurangkan bilangan pembayar cukai yang memerlukan perkhidmatan bantuan.



Dari tahun sebelumnya hingga tahun kewangan lalu, kontak pembayar cukai merosot 22.7 peratus kepada 1.4 juta, manakala urus niaga bantu diri meningkat 8 peratus kepada 38.9 juta.



Pesuruhjaya Hasil Dalam Negeri dan ketua eksekutif Iras, Encik Ng Wai Choong, berkata Iras akan meneruskan transformasi untuk menjadi pihak berkuasa hasil cukai utama di dunia yang bekerjasama dengan masyarakat dan menyumbang kepada pembinaan negara dan pertumbuhan inklusif.



Pada tahun kewangan lalu, Iras memulakan lebih 160 sesi penglibatan dengan pembayar cukai dan pihak berkepentingan, termasuk dengan karyawan cukai bertauliah Singapura dan persatuan perdagangan.



Iras juga mengaudit dan menyiasat 8,665 kes dan mendapatkan $385 juta dalam bentuk cukai dan penalti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >