Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pupuk rasa bangga dengan tamadun Melayu

Pentingnya lenyapkan persepsi negatif yang lama dibentuk penjajah Barat mengenai orang Melayu: Dr Hadijah di ceramah anjuran Yayasan Warisan Melayu
Jul 18, 2021 | 05:30 AM



MASYARAKAT Melayu harus sedar dan rasa bangga dengan tamadun, falsafah serta agama mereka yang mulia dan nilai bahasa, persuratan dan kesenian yang tinggi, kata Profesor Madya Dr Hadijah Rahmat, ketua Kumpulan Akademik Bahasa dan Kebudayaan Asia Institut Pendidikan Nasional (NIE), dalam satu ceramah yang disampaikan semalam.



Dr Hadijah menekankan kepentingan untuk berusaha mengatasi dan melenyapkan segala persepsi negatif yang lama dibentuk penjajah Barat mengenai orang Melayu dan mengembalikan rasa bangga dalam pencapaian yang boleh dilakukan masyarakat.



Beliau menambah bahawa masyarakat Melayu bukan hanya boleh menyumbang di Singapura, malah kepada dunia dalam pelbagai bidang.



Demikian antara intisari ceramah bertajuk Melayu Arif Budiman - Jejak Perjalanan Sejarah Mencari Jati Diri dan Menerokai Visi Kebudayaan Melayu di Tengah Alam Jagatraya yang disampaikan Dr Hadijah di Taman Warisan Melayu semalam.



Ceramah itu adalah sebahagian daripada Siri Cendekiawan Lestari anjuran Yayasan Warisan Melayu (MHF) dengan sokongan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC).



Dr Hadijah berkata sejarah telah membuktikan orang Melayu adalah masyarakat terbuka yang bijak memanfaatkan unsur-unsur luar dan mengadunnya secara kreatif dan inovatif untuk menghasilkan produk budaya baru.



"Kita adalah bangsa global, sudah membangun, merantau jauh ke merata dunia dan dihormati sebelum jatuh di tangan penjajah," kata beliau.



Dalam ceramahnya itu, beliau berkongsi tentang evolusi pandangan dunia Barat terhadap orang Melayu, daripada positif sebelum dijajah dan bertukar negatif setelah dijajah.



Misalnya, Dr Hadijah berkata orang Inggeris pertama yang menulis kamus bahasa Melayu pada 1812, William Marsden, menyifatkan orang Melayu sebagai berdaya usaha dan mempunyai perwatakan komersial.



Penulis buku bertajuk A grammar and dictionary of the Malay language, John Crawfurd, pula berkata bahasa Melayu dan Jawa adalah paling bertamadun, berkuasa dan orangnya berdaya usaha.



Namun, persepsi positif sedemikian berubah setelah penjajahan berlaku, dengan mula muncul imej bahawa orang Melayu malas dan berlakunya kemiskinan akibatnya.



Dr Hadijah berkata imej negatif itu terus tersebar luas, dan malah, mempengaruhi persepsi orang Melayu sendiri sehingga ada "yang kehilangan arah dan tidak kenal, tidak tahu diri, tidak ada yakin diri, rasa kecil, rendah diri dan ada pula yang malu mengaku diri Melayu" akibat apa yang disifatkan beliau sebagai self-fulfilling prophecy".



Beliau menekankan keperluan bagi masyarakat lebih tangkas mengejar ilmu, menilai dan memandang ke depan, dan juga berani meneroka dan memimpin arus perubahan luar biasa dan norma baru kehidupan.



"Kitalah yang perlu menentukan arah jati diri dan masa depan kita sendiri. Tanpa perubahan dan penguasaan falsafah baru dan ilmu serta kemahiran yang perlu yang cukup maju, sukar untuk memperbaiki kelemahan bangsa menukar imej bangsa yang negatif, apatah lagi untuk mencapai cita dan citra unggul bangsa di mata dunia.



"Kita perlu yakin tentang sejarah, pencapaian dan kemampuan kita sebagai satu bangsa dan sebuah masyarakat yang bermaruah yang dihormati dunia.



"Perkembangan dunia yang amat pantas memerlukan kita menilai semula untuk memberi nafas segar kepada falsafah budaya kita yang berpusat pada budi dan adab kesantunan yang mulia. Kita perlu imbanginya dengan nilai ilmu baru yang sesuai dengan pantas dan jika perlu, berani meninggalkan nilai dan adat yang tidak lagi relevan," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >