Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat Barah Nasional Singapura baru dibuka

May 18, 2023 | 05:11 PM



Pembukaan Pusat Barah Nasional Singapura (NCCS) baru adalah tepat pada masanya lebih-lebih lagi dengan statistik menunjukkan satu daripada empat warga Singapura berkemungkinan menghidap barah dalam hayat mereka, dengan ramai yang menghidap penyakit tersebut pada usia lanjut.



Berkata demikian di majlis pembukaan rasmi NCCS pada 18 Mei 2023, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong menganggap pusat baru itu “lembaran baru dalam perjuangan kita menentang barah di Singapura”.



“Hampir 40 peratus mereka yang didiagnos dengan barah berusia 70 tahun ke atas.



“Jadi sedang penduduk kita semakin menua, kita boleh menjangkakan lebih ramai orang didiagnos dengan barah.



“Ini sebabnya adalah tepat pada masanya kami membuka bangunan baru NCCS yang lebih luas hari ini,” kata Encik Wong.



Bangunan 24 tingkat yang bernilai $820 juta itu terletak di 30 Hospital Boulevard dan dihubungi jambatan penghubung ke stesen MRT Outram Park.



Bangunan tersebut menempatkan kemudahan penjagaan barah, pemulihan, penyelidikan dan pendidikan dan bertujuan menyediakan penjagaan lebih komprehensif dan holistik kepada pesakit barah.



Lima kali lebih besar daripada premis lamanya, NCCS baru mempunyai 64 bilik konsultasi, tujuh bilik rawatan dengan 108 kerusi sandar (recliner chairs) dan katil kemoterapi di Unit Rawatan Ambulatori (ATU).



Ia juga mempunyai teater pembedahan tiga hari dan dua bilik endoskopi.



Ketua Eksekutif NCCS, Profesor William Hwang, berkata terdapat keperluan berpindah ke premis yang lebih besar untuk meningkatkan dan menambah perkhidmatan onkologi yang boleh ditawarkan kepada pesakit barah.



Perancangan bertahun-tahun dan pemikiran yang teliti diperlukan untuk menjadikan NCCS baru pusat barah bersepadu yang menyatukan penjagaan kompleks, penyelidikan, pendidikan dan perkhidmatan sokongan semuanya di bawah satu bumbung, katanya.



“Matlamat utama kami ialah untuk membina NCCS berkisarkan keperluan pesakit kami dan menyediakan pengalaman lancar sedang mereka melalui perjalanan barah mereka,” ujar Prof Hwang.



Ini termasuk memastikan bangunan baru itu terletak berdekatan nod pengangkutan awam, membuka kemudahan dan perkhidmatan baru seperti Pusat Sumber Pesakit yang menyediakan akses kepada sumber dan maklumat penting berkaitan barah serta menyepadukan khidmat pembedahan.



Bahkan setelah selesai menjalani rawatan di NCCS, pesakit boleh menerima sokongan melalui pelbagai kumpulan sokongan yang ada untuk memastikan keperluan dan matlamat pemulihan mereka dipenuhi di Pusat Pemulihan Persatuan Barah Singapura (SCS), yang terletak dalam bangunan baru itu.



Dalam pada itu, Encik Wong berkata sedang lebih banyak usaha dilakukan untuk memperluas pilihan rawatan barah di Singapura, terdapat keperluan untuk memastikan pilihan-pilihan ini boleh dimampui warga Singapura.



“Ini bermakna bekerjasama dengan doktor dan penanggung insurans kesihatan untuk mempromosikan rawatan yang terbukti secara klinikal dan kos efektif dalam sistem kami dan yang penting, mendekati syarikat ubat-ubatan untuk menurunkan harga mereka.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >