Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat barah terima derma $1j daripada dermawan S’pura

Jun 06, 2023 | 06:20 PM



SELEPAS hampir 10 tahun melihat mendiang isterinya melawan ketumbuhan limfoma, seorang dermawan tempatan, Encik Harry Fung, terdorong menderma kepada Pusat Barah Nasional Singapura (NCCS) bagi membantu pesakit barah memerlukan.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, pusat itu mengumumkan ia telah menerima derma $1 juta daripada Encik Fung, dan sumbangan itu akan digunakan bagi membantu pesakit memerlukan bantuan kewangan dan menyokong penyelidikan barah bagi mempertingkat penjagaan serta memperbaiki hasil rawatan.

Encik Fung berkata selepas melihat bagaimana mendiang isterinya menerima rawatan lengkap daripada NCCS, beliau mendapat inspirasi untuk menyumbang kepada masyarakat agar dapat memberi kesan positif terhadap satu perjuangan yang “dekat pada hati saya”.

“Mendiang isteri saya melawan barah hampir 10 tahun dan ia merupakan satu tempoh yang mencabar bagi kami sekeluarga, baik dari segi fizikal mahupun emosi,” katanya.

“Apabila saya menemaninya untuk mendapatkan rawatan di NCCS, saya melihat bagaimana pesakit lain dan keluarga mereka menghadapi kesukaran menanggung beban kewangan akibat barah.

“Sebagai seorang penjaga sendiri, saya faham betapa susahnya menghadapi keadaan sebegitu dan sebab itulah saya ingin membantu mereka yang memerlukan.”

Derma $1 juta itu akan dibahagikan secara rata kepada Dana Barah NCCS bagi menyokongi pesakit yang memerlukan dan memajukan percubaan klinikal dengan matlamat memperbaiki hasil rawatan bagi pesakit.

Encik Fung berkata beliau mendapat tahu bilangan pesakit barah di sini semakin bertambah.

Lantaran itu belian ingin menyokong usaha NCCS menawarkan penjagaan serta menjalankan penyelidikan untuk meneroka kaedah rawatan lebih baik kepada pesakit.

Sementara itu, NCCS berkata bangunan barunya yang dibuka pada 18 Mei telah diperluas dan mempunyai kapasiti tambahan serta program bagi merawat pesakit barah pada setiap peringkat penyakit itu.

Ia juga mempunyai ruang lebih besar dan kapasiti diperluas bagi menjalankan penyelidikan dan percubaan klinikal.

Derma yang disalurkan kepada usaha penyelidikan akan menyokong saintis NCCS dan saintis klinikal yang ingin mendalami dan melanjutkan kefahaman terhadap barah serta membangunkan pendekatan inovatif agar dapat mencapai hasil kesihatan lebih baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >