Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat baru di Tampines bagi pembantu rumah, majikan dapatkan bantuan

Jul 25, 2022 | 05:30 AM



PEMBANTU rumah migran dan majikan mereka kini mempunyai tempat baru bagi mendapatkan bantuan atau nasihat daripada Pusat bagi Pekerja Domestik (CDE) berhubung isu pekerjaan. Pusat CDEConnect di kompleks pejabat Income di Tampines Junction itu dibuka secara rasmi semalam.



Ia menyertai CDE di 75 Pasir Panjang Road sebagai tempat untuk menawarkan sokongan kepada pembantu rumah migran dan majikan mereka. CDE inisiatif Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).



Kededua pusat menyediakan ruang pada hujung minggu untuk pekerja berehat dan menyegarkan diri melalui aktiviti rekreasi, termasuk sambutan perayaan dan bengkel kraf tangan.



Ia juga tempat CDE menemu bual pembantu rumah migran kali pertama untuk menilai bagaimana mereka menyesuaikan diri dengan tinggal dan bekerja di Singapura, bagi pihak Kementerian Tenaga Manusia (MOM). Temu bual dijalankan secara bersemuka dalam bahasa ibunda mereka dan dalam enam bulan lepas mereka mula bekerja.



Sejak 2017, CDE menjalankan lebih 60,000 temu bual, kata MOM dalam satu kenyataan semalam. Jurucakapnya memberitahu media lebih 24,000 pekerja ditemu bual tahun lalu. Isu biasa yang dibangkitkan semasa temu duga termasuk kelewatan membayar gaji, penempatan pekerja secara haram oleh majikan, dan kerja rumah dilakukan secara tidak selamat.



Jika kes dianggap serius, ia memaklumkan MOM atau polis.



Jurucakap itu juga berkata ada rancangan memulakan fasa seterusnya - menemu bual pekerja kali kedua dalam tempoh setahun sejak mereka mula bekerja - menjelang akhir tahun ini. Semalam, Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang, berkata temu bual itu akan membantu memastikan isu yang dihadapi pekerja dikenal pasti dan ditangani lebih awal.



"Bantuan atau campur tangan awal boleh... menjadi sangat berguna kerana melalui proses itu kita dapat menjelaskan peranan, kewajipan dan hak kedua-dua pihak. Itu sudah tentu akan membantu dalam memupuk hubungan lebih kukuh, sihat dan menyokong antara pembantu rumah dan majikan mereka."



Pengerusi CDE, Encik Yeo Guat Kwang, berkata ada rancangan menubuhkan pusat ketiga di utara Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >