Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat baru ditubuh perkukuh kesediaan pandemik di S'pura

Pusat bagi Kesediaan Penularan akan sumbang kepada kerjasama kajian di negara dan serantau
Jun 11, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA harus terus berwaspada terhadap Covid-19 atau pandemik seterusnya kerana ia mungkin meninggalkan kesan buruk dengan jumlah kematian yang sama dengan Perang Dunia ataupun lebih tinggi.



Lantaran itu, penubuhan Pusat bagi Kesediaan Penularan baru di Sekolah Perubatan Duke-Universiti Nasional Singapura (NUS) akan memperkukuhkan kesediaan pandemik negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.



Menurut Encik Heng, pusat baru itu akan menyokong usaha berkaitan dengan Inisiatif Genomik Patogen Asia (APGI) - satu kerjasama dengan Yayasan Bill and Melinda Gates - yang dapat membantu menangani jurang utama dalam kesediaan pandemik, khususnya dalam hal berkaitan pemantauan dan pengesanan awal penyakit berjangkit baru di rantau Asia.



Selain itu, pusat itu akan menyumbang kepada kerjasama kajian di Singapura dan serantau.



Bercakap semasa perasmian pusat baru itu semalam, Encik Heng berkata Duke-NUS sentiasa berada di barisan hadapan dalam usaha penyelidikan penyakit berjangkit dan telah membuat sumbangan yang menyerlah dalam menangani Covid-19.



Ini dilakukan menerusi kerjasama dengan Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) serta rakan kerjasama lain.



Kata Encik Heng, APGI dapat membantu menangani jurang utama dalam kesediaan pandemik, iaitu dalam hal pemantauan dan pengesanan awal penyakit berjangkit baru di Asia Tenggara dan Asia Selatan.



"Menerusi pemantauan genomik, penyelidik dapat memantau evolusi patogen dan memaklumkan dunia tentang ancaman epidemik baru.



"APGI merupakan satu usaha yang masih berjalan tetapi ia berpotensi untuk memperkukuhkan lagi kesediaan pandemik di rantau ini dengan secara ketara," ujar Encik Heng.



Beliau menjelaskan bahawa secara umumnya, kesediaan pandemik memerlukan kesediaan yang kekal dan pelaburan yang berterusan setiap tahun.



Ia turut memerlukan kita agar terus belajar daripada setiap pandemik dan meninggalkan amalan yang lalu agar kita lebih bersedia sekiranya berlaku pandemik seterusnya.



Encik Heng mengambil contoh pengalaman epidemik SARS pada 2003, satu pengalaman yang pahit untuk Singapura.



"Namun, kita belajar daripada episod ini dan membina keupayaan baru, termasuk NCID yang dibuka sejurus sebelum pandemik sekarang.



"Keupayaan ini telah memberi kesan dalam usaha kita memerangi pandemik Covid-19," terang beliau.



Encik Heng turut menarik perhatian penubuhan Program Nasional untuk Kajian dalam Kesediaan Epidemik dan Respons, atau 'Prepare', - yang mencedok pembelajaran daripada respons kajian dan pengembangan (R&D) keseluruhan Singapura semasa pandemik.



"Dalam kita mengatasi krisis sekarang ini, kita juga sedang menetapkan asas untuk mencapai tahap kesediaan lebih baik bagi krisis seterusnya," tambahnya.



Salah satu pengajaran penting daripada respons R&D kita ialah sesuatu hasil hanya dapat dicapai menerusi kerjasama semua penyelidik.



Justeru, kerjasama di antara penyelidik di seluruh negara akan terus digalak menerusi 'Prepare', dalam bidang R&D yang boleh menyumbang kepada kesediaan epidemik.



Tambah Encik Heng:



"Kita tidak boleh lalai dalam menangani Covid-19 mahupun leka dalam memantau pandemik seterusnya.



"Jika kita leka, kesannya boleh menjadi buruk. Jumlah kematiannya boleh menjadi seperti dalam satu lagi Perang Dunia atau lebih tinggi lagi."




"...Kita belajar daripada episod ini dan membina keupayaan baru, termasuk NCID yang dibuka sejurus sebelum pandemik sekarang.

Keupayaan ini telah memberi kesan dalam usaha kita memerangi pandemik Covid-19.

Dalam kita mengatasi krisis sekarang ini, kita juga sedang menetapkan asas untuk mencapai tahap kesediaan lebih baik bagi krisis seterusnya."

- Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >