PEMILIK sebuah pusat beli belah meminta maaf kerana meletakkan papan tanda yang melarang pekerja pembinaan daripada menggunakan tandas, dan mengancam mereka dengan denda $107.
Pengguna Facebook Cik Martha Tara Lee mengambil gambar amaran tersebut di pusat Marina One yang baru, dan telah memuatnaikkannya dalam talian hari ini.
Cik Lee berkata beliau terkejut dengan perkara itu.
“Denda $107 (termasuk GST) akan dikenakan di atas mereka yang tidak mematuhi arahan serta penggunaan tandas yang tidak disahkan di aras satu dan dua,” tertulis di papan tanda tersebut.
Ia menambah bahawa pekerja harus menggunakan tandas di besmen dua.
Pemilik pusat beli belah itu, M+S, meminta maaf di atas “sebarang isu yang disebabkan papan tanda tersebut” petang tadi, menjawab pertanyaan The Straits Times.
Ia menambah bahawa ia merupakan kebiasaan industri untuk menyediakan tandas untuk pekerja di tempat pembangunan baru.
Beberapa pengguna Facebook berkata bahawa papan tanda tersebut menunjukkan diskriminasi manakala pengguna lain berkata bahawa pekerja mungkin boleh membawa konkrit dan tanah ke dalam tandas.
M+S berkata bahawa papan tanda tersebut telah ditulis semula, dan denda tersebut telah dipadam.