PEMBUKAAN semula sektor pelancongan menandakan berita baik untuk syarikat feri serta perniagaan di Pusat HarbourFront.
Namun sebaliknya pula nasib yang dialami Terminal Feri Tanah Merah.
Operator serta para peniaga Feri Terminal Tanah Merah berkata perniagaan mereka mula menunjukkan rentak yang perlahan tatkala khidmat feri di Pusat HarbourFront disambung semula.
Namun, mereka masih tetap yakin dengan hari-hari mendatang memandangkan perkhidmatan feri ke Desaru dijadualkan bermula pada 7 Julai ini.
Meskipun kunjungan Berita Harian (BH) ke Pusat HarbourFront menunjukkan suasana masih belum serancak seperti sebelum pandemik Covid-19 bermula, namun ia lebih baik berbanding dua tahun lalu semasa pusat itu ditutup.
Para penumpang sudah mula memanfaatkan perkhidmatan feri yang mula berpindah ke pusat itu sejak 15 Jun lalu.
Perniagaan di pusat itu turut meraih kesan positif.
Malah terdapat juga sebuah atrium makanan halal yang mampu menempatkan sehingga 300 penumpang yang akan dibuka akhir bulan depan.
Sementara itu, Terminal Feri Tanah Merah pula mulai sepi memandangkan kebanyakan khidmat feri telah beralih semula ke Pusat HarbourFront.
Laporan lanjut: