Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat kedua bagi bantu penagih dadah dibuka di Taman Jurong

Jul 14, 2019 | 04:31 PM



SATU lagi pusat bagi membantu bekas penagih dadah kembali semula ke pangkuan masyarakat  telah dibuka secara rasmi hari ini (Ahad, 14 Jul) di Taman Jurong. 



Ini berikutan sambutan baik yang diterima di pusat pertama kendalian Persatuan Antinarkotik Singapura (Sana) di Sengkang yang dibuka pada 2016.



Pusat pertama itu telah membantu lebih 1,500 klien dan keluarga mereka.



Dinamakan Step-Up @Taman Jurong, pusat kedua itu telah menghulurkan bantuan kepada sekitar 100 klien sejak pintunya dibuka pada Januari tahun ini.



Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, yang merupakan tetamu kehormat, melancarkan pembukaan rasmi pusat yang terletak di 301A Corporation Drive itu.



Antara khidmat yang disediakan di sana termasuk kaunseling, kumpulan sokongan, bantuan pekerjaan dan pembuangan tatu.



Pusat tersebut bagaimanapun tidak sahaja khusus untuk bekas pesalah dadah, malah ia juga dibuka kepada belia yang berisiko.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >