Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat Kejiranan generasi baru dilancar

Feb 17, 2019 | 11:00 AM



PUSAT Kejiranan (NC) generasi baru pertama Singapura, yang menempatkan pelbagai kemudahan di bawah satu bumbung untuk memenuhi keperluan penduduk, dilancar di Punggol pada Ahad (17 September).



Setinggi tujuh tingkat dan seluas 27,400 meter persegi, Oasis Terraces  dibuka secara rasmi oleh Menteri Pembangunan Negara dan Menteri Kedua Kewangan, Encik Lawrence Wong. Ia terletak bersebelahan stesen LRT Oasis.



Antara lain, pusat itu menyediakan kemudahan seperti poliklinik, kedai makan, kedai pakaian, kebun masyarakat, tempat permainan kanak-kanak dan sudut bersenam. 



Encik Wong, selaku tetamu terhormat di majlis pelancaran itu,  berkata pusat kejiranan berfungsi sebagai sebahagian daripada pengalaman HDB yang istimewa.



Beliau menambah ia boleh dikatakan "rumah ketiga, di luar rumah dan tempat kerja, di mana orang ramai dapat berkumpul dan bersosial, dan membina semangat kemasyarakatan".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >