Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat Penuaan Aktif di Eunos beri khidmat kepada 2,500 warga emas

Sep 27, 2022 | 05:30 AM



LEBIH ramai penduduk warga senja di Eunos akan berupaya meraih manfaat daripada perkhidmatan seperti pendamping dan runding cara kesihatan dengan pembukaan Pusat Penuaan Aktif Tembusu.



Pusat yang terletak di Eunos Crescent - yang diselenggarakan agensi Perkhidmatan Sosial Sathya Sai - dibuka secara rasmi Sabtu lalu.



Ia akan memberi khidmat kepada lebih 2,500 warga senja rakyat Singapura, dari semua jenis lapisan perumahan dan peringkat pendapatan dalam kawasan itu.



Ini merupakan kenaikan daripada sekitar 530 penduduk warga senja dalam flat-flat sewa yang mendapat khidmat itu apabila ia merupakan pusat kegiatan warga senja, kata pengurus pusat itu, Cik Felicia To.



Pusat-pusat penuaan aktif menawarkan pelbagai khidmat yang diperluaskan berbanding pusat kegiatan warga senja.



Tahun lalu, Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan bahawa ia akan memperuntukkan sekitar $180 juta bagi mempertingkat pusat-pusat kegiatan warga senja di sini, memperkenalkan sekitar 200 pusat warga senja aktif dan hab-hab penjagaan penuaan menjelang 2024.



Cik To berkata pusat Penuaan Aktif Tembusu akan bekerja dengan pertubuhan lain untuk menawarkan penjagaan rumah secara peribadi, membersihkan rumah bagi kes-kes menyimpan dan melonggokkan barangan lama, serta penilaian kesihatan mental bagi penduduk warga senja.



Salah satu pertubuhan itu ialah Hospital Besar Changi (CGH).



Pusat itu menyediakan satu sudut jururawat masyarakat di kawasannya.



Cik To berkata ia menjimatkan masa penduduk warga senja daripada perlu bergerak ke hospital bagi konsultasi kesihatan dan bagi mendapatkan perkhidmatan pengurusan penyakit.



Sejak 2018, sudut tersebut menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas lebih 130 orang, dan mengenal pasti lebih 50 warga senja bagi pemantauan masyarakat dan penyelarasan penjagaan.



Sesetengah warga senja kemudian akan didaftarkan dalam program penuaan aktif di pusat itu, sedang yang lain menerima khidmat pendamping dan sokongan pengurusan kes, kata Perkhidmatan Sosial Sathya Sai dalam satu kenyataan media.



Mayor Daerah South East Encik Fahmi Aliman, yang menghadiri pelancaran Pusat Penuaan Aktif Tembusu Sabtu lalu berkata, semasa lawatan ke rumah, beliau melihat penduduk warga senja yang tinggal keseorangan yang jarang dilawati keluarga atau sahabat mereka.



Kegiatan diadakan di pusat itu boleh mengenal pasti perasaan terpinggir secara sosial dalam kalangan warga senja dan memenuhi keperluan mereka, kata Encik Fahmi, yang juga Anggota Parlimen (AP) bagi Geylang Serai dalam GRC Marine Parade.



"Itu penting buat saya kerana estet saya kini kian menua dan kami mempunyai banyak kes sedemikian," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >