Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat Perkhidmatan bersepadu baru ICA akan siap pada 2024

May 05, 2023 | 03:42 PM



PUSAT Perkhidmatan bersepadu baru Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) akan siap pada 2024 dan akan mempunyai sebuah pusat sehenti untuk orang awam berurusan dengan ICA.


Ia akan menggantikan tiga pusat perkhidmatan sedia ada untuk warga, penduduk tetap dan pelawat, kata Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, dalam ucapannya di Seminar Pelan Kerja ICA pada Jumaat.


Beliau telah berkongsi tentang transformasi lanjut yang perlu dibuat oleh ICA dalam dua bahagian – di pusat pemeriksaan dan di pusat perkhidmatan – untuk menghadapi cabaran hari ini, seperti ancaman pengganasan dan pandemik, kekurangan tenaga manusia, dan sempadan yang semakin sibuk.


Di pusat pemeriksaan, Konsep Pelepasan Baru ICA akan membuat pelepasan imigresen menjadi “lancar, selamat dan pantas” dengan kebanyakan pengunjung menggunakan laluan automatik apabila memasuki atau keluar dari Singapura, kata Encik Shanmugam.


Bagi pusat perkhidmatan pula, ICA sedang beralih ke pengalaman “tiada susah payah, tiada lawatan, dan tiada menunggu”.


Encik Shanmugam berkata ICA telah mendigitalkan perkhidmatannya dengan ketara, untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada orang awam.


Kesemua permohonan bagi perkhidmatan utama seperti pendaftaran kelahiran dan kematian serta pembaharuan pasport boleh dibuat dalam talian hari ini.


Orang ramai dapat mengakses dan menguruskan dokumen yang dikeluarkan ICA dengan mudah dan selamat, menerusi laman web ICA dan aplikasi mudah alih MyICA. 


“Sedang kita mengubah pusat pemeriksaan dan pusat perkhidmatan, pekerjaan pegawai ICA akan dinaik taraf,” kata Encik Shanmugam.


“Pegawai ICA akan beransur-ansur beralih daripada tugas statik dan pelepasan imigresen di kaunter. Mereka akan menyandang tugas yang lebih pelbagai yang tidak boleh diautomasikan dengan mudah,” tambahnya.


Tugas itu termasuk bertindak balas terhadap insiden keselamatan, memprofil serta menemu bual pengunjung, dan menyediakan perkhidmatan yang diperibadikan kepada mereka yang mencari kemudahan imigresen.


Encik Shanmugam berkata sepanjang 20 tahun sejak pembentukannya, ICA telah membuat kemajuan ketara dalam pembangunan manusia.


ICA telah menubuhkan Akademi ICA pada 2003 untuk membangunkan pegawainya sebagai karyawan keselamatan sempadan.


Akademi itu telah berkembang menjadi Koman Latihan ICA dan menjalankan 50 pusingan kursus setiap tahun dengan Realiti Terimbuh, Realiti Maya, sistem simulasi dan pembelajaran elektronik untuk menjadikan latihan lebih realistik. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >