Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat Sains S'pura baru dibuka 2027, manfaatkan teknologi hijau

Dec 03, 2022 | 05:30 AM



PUSAT Sains Singapura baru di Daerah Tasik Jurong yang akan dibuka sekitar 2027 sempena ulang tahunnya ke-50 akan menawarkan tarikan sains dan teknologi untuk semua peringkat usia.



Lembaga Pusat Sains semalam mendedahkan reka bentuk pusat baru itu yang akan menggabungkan program dan kemudahan unik untuk menawarkan destinasi sehenti untuk semua warga Singapura mengakses pengalaman dan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).



"Pusat Sains baru itu akan meneruskan misi sejak penubuhannya pada 1977 untuk mencetuskan rasa ingin tahu dan inovasi dalam generasi kanak-kanak sekolah muda, dan memanfaatkan lokasi dan kemudahan baru untuk meluaskan jangkauannya kepada warga Singapura daripada semua peringkat umur untuk menghargai kepentingan sains dan teknologi dalam kehidupan kita," kata Kementerian Pendidikan (MOE) dan Pusat Sains Singapura dalam satu kenyataan bersama.



Reka bentuk pusat itu meraih inspirasi daripada landskap semula jadi dan tasik di Taman Tasik Jurong, bersama dengan visi untuk mereka bentuk pusat sains yang melihat ke masa hadapan dan berfungsi, sambil memaksimumkan interaksi dengan sekitaran taman dan tasik.



Pusat Sains baru itu akan memamparkan Galeri Kanak-Kanak yang lebih dua kali ganda saiz ruang kegiatan sains untuk si kecil, KidsSTOP, sedia ada dengan ruang permainan air luar yang interaktif, jejak penerokaan dalam hutan sekunder dan jejak deria di taman di bumbung.



Pelajar yang lebih besar boleh memasuki makmal dan bengkel khusus yang menggalakkan pembelajaran konsep saintifik secara amali.



Pusat itu juga akan menampilkan Balai Cerap baru untuk ahli astronomi cilik belajar tentang peristiwa astronomi, serta Makmal Fabrikasi Digital yang akan menyokong program inkubator untuk memupuk aspirasi keusahawanan belia.



Pusat itu akan melanjutkan waktu pembukaannya untuk program malam yang lebih kerap, bagi menawarkan pameran dan program STEM 'selepas gelap' yang diatur khas untuk pelawat dewasa.



Direka bentuk dengan mengutamakan prinsip kemampanan, pusat itu akan menyasarkan untuk menjadi bangunan Tenaga Sangat Rendah dengan penggunaan teknologi hijau dan sistem pengurusan bangunan bijak untuk mengurangkan penggunaan tenaga.



Pusat itu juga akan mendidik pengunjung tentang amalan kemampanan seperti sistem pertanian menegak melalui program dan pamerannya.



Pusat Sains baru itu juga akan mempamerkan inovasi tempatan kepada dunia dan meraikan semangat kreatif dan keusahawanan warga Singapura.



Untuk merealisasikan aspirasi ini, Lembaga Pusat Sains berhasrat untuk mengukuhkan kerjasama sedia ada dan mengembangkan perkongsian baru dengan syarikat tempatan dan Institut Pengajian Tinggi.



Pada tahun-tahun akan datang, lembaga pengarah itu juga akan melibatkan pihak berkepentingan seperti sekolah, masyarakat dan rakan kongsi industri untuk bersama mencipta program Stem, dan merancang pameran serta kegiatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >