PUSAT satelit Yayasan Mendaki terkini di barat Singapura dan dijadual mula beroperasi Jun tahun depan, dijangka turut menawarkan program bagi golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET).
Menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Mendaki, Dr Yaacob Ibrahim, golongan PMET akan berpeluang menerima sokongan sewajarnya tatkala mereka mengharungi tempoh mencabar kini.