Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat sukan laut, kedai serbaneka, unit glamping baru di Pulau Lazarus

Oct 05, 2023 | 06:20 PM



Pengunjung ke Pulau Lazarus, yang menyediakan pemandangan tepi laut dan alam semula jadi indah, kini dapat menikmati kemudahan baru seperti kedai serbaneka, pusat sukan laut dan sembilan unit glamping di pulau itu.

Semua kemudahan mesra alam itu bertujuan mengekalkan daya tarikan desa pulau itu, di samping menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengunjung, umum Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) dalam satu kenyataan pada Khamis.

Peminat sukan air boleh menyertai pelbagai aktiviti tanpa motor di Pusat Sukan Laut Lazarus mulai minggu depan, termasuk bermain papan kayuh berdiri, berkayak dan bersenam di tikar yoga terapung. Pusat itu akan dikendali oleh pengelola sukan air Camelot.

SDC juga berkata pelbagai kemudahan itu adalah sebahagian daripada usaha mempromosi pengembaraan desa di pulau selatan Singapura itu dengan “sentuhan lembut” yang memelihara tarikan semula jadinya.

Pada April, sebuah kios sewa basikal dan lima unit penginapan jangka pendek yang digelar Tiny Escape dibuka di Pulau Lazarus, yang terhubung dengan pulau Seringat, St John’s dan Kias.

Aktiviti sukan air akan tertumpu pada satu zon pelancaran agar dasar laut di sekitar pulau itu tidak terjejas banyak oleh kegiatan riadah.

Dengan pembukaan kedai serbaneka Sol by Bespoke Dining Club, pengunjung ke pulau itu tidak perlu membawa air dan makanan. Ini kerana kedai itu menjual pelbagai makanan dan keperluan, seperti makanan yang boleh dipanggang atau dipanaskan dalam ketuhar mikro.

Ia akan juga menjual hasil sumber tempatan seperti makanan laut dari syarikat penternakan ikan luar pesisir, dan herba serta sayuran dari ladang hidroponik dan ladang tegak di Singapura.

Sembilan perkhemahan glamping (perkhemahan selesa dan mewah) yang menawarkan pemandangan laut tanpa halangan itu akan dikendali oleh pengelola tempatan, Into The Woods.

Ia dijangka disediakan mulai suku akhir 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >