Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat Tukaran Bas Pasir Ris yang dinaik taraf mula operasi 3 Julai dengan kemudahan dipertingkat

Jun 20, 2021 | 10:33 PM



PENUMPANG ulang-alik yang menggunakan Pusat Tukaran Bas Pasir Ris akan berpeluang menikmati kemudahan yang dinaik taraf mulai Sabtu (3 Julai).



Kemudahan ini termasuk ruang bas berlabuh tertutup dan bebas penghadang serta zon beratur bagi golongan yang diberi keutamaan dengan tempat duduk tersedia.



Tiada perubahan pada perjalanan bas yang beroperasi dari terminal bas ini tetapi khidmat bas di situ akan menggunakan ruang perhentian menaiki dan turun bas yang baru, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam kenyataannya pada Ahad (20 Jun).



Bas ulang-alik khusus buat anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang berulang-alik dari Terminal Feri SAF akan terus beroperasi dari pusat tukaran bas yang sama. Ruang menanti khusus bagi khidmat bas ulang-alik ini akan disediakan di terminal yang diubah elok, tambah LTA.



Khidmat terminal bas yang disusun semula itu bertujuan memudahkan pembinaan Hab Pengangkutan Bersepadu (ITH) Pasir Ris yang baru, yang dijangka siap pada 2028, serta rel pulang balik atau 'turnback' Pasir Ris yang dijadualkan siap pada 2024.



Rel ini merupakan bahagian landasan di mana pemandu tren boleh menghentikan kenderaannya, bertukar hala penghujung tren dan pulang balik dari mana ia asalnya bergerak.



Pusat tukaran bas yang dinaik taraf ini akan meliputi bahagian baru sekitar Pasir Ris Central.



Poster dan papan tanda arahan akan diletakkan di sekitar pusat tukaran bas ini dengan duta khidmat dikerahkan bagi memberi panduan buat komuter.



Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, dalam pos Facebook, berkata sebahagian pusat tukaran bas ini akan dirobohkan bulan depan bagi memberi laluan buat ITH dan rel pulang balik ini. Pusat tukaran bas yang baru itu akan terus dikendalikan operator bas GoAhead Singapore dan akan beroperasi hingga ITH selesai dibina.



Dengan penyusunan semula itu, LTA berkata terminal bas ini akan mempunyai ruang menaiki bas yang luas di semua tempat perhentiannya serta hujung bebendul jalan yang bersenggat bagi memudahkan penumpang berkerusi roda dan ibu bapa dengan kereta sorong bayi menaiki bas.



Keseluruhannya, terdapat 11 ruang perhentian bas untuk penumpang menaiki bas serta dua lagi buat mereka turun dari bas. 



Tandas keluarga dengan kemudahan buat kanak-kanak serta bilik khusus buat golongan berkeperluan khas yang memerlukan tempat lebih senyap dan tenang juga disediakan.



LTA berkata kantin dan bilik istirehat buat kakitangan di terminal bas itu juga sudah dinaik taraf dengan tandas khusus buat mereka serta bilik buat pekerja pembersihan berehat. 



Sistem amaran mengundur dengan lampu berkelipan bagi memberi isyarat kepada pemandu bas apabila bas lain sedang berundur akan juga dipasang.



Di samping itu, terdapat 150 ruang meletak basikal, bumbung mesra alam dan lampu jimat tenaga.



LTA menjelaskan ia akan memantau operasi bas di pusat tukaran bas itu dan akan membuat penyesuaian jika perlu.



Encik Iswaran yang melawat pusat tukaran bas yang dinaik taraf itu pada Ahad, berkata:



"LTA telah bekerjasama dengan masyarakat dan penasihat setempat mengenai perubahan ini dan bagi mengurangkan sebarang kesulitan."



ITH adalah pusat tukaran bas berhawa dingin yang dihubungkan dengan stesen MRT dan diletakkan berhampiran pembangunan komersial seperti pusat beli-belah.



ITH Pasir Ris ini adalah yang ke-15 dibina di Singapura.



Rel pulang balik yang dibina pula membolehkan tren bertukar hala lebih berkesan lagi berbanding lintas silang yang ada kini.



Ia adalah rel pulang balik bersilang pertama di sini yang dibina di belakang stesen terminal dengan pembinaannya melibatkan landasan rel lanjutan melepasi Stesen MRT Pasir Ris bagi membolehkan operasi landasan bersilang ini berfungsi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >