Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pustaka awam terbesar dibuka di Punggol

DPM Wong: Pembukaan cerminkan visi S'pura di mana semua boleh timba ilmu baru
Apr 06, 2023 | 05:30 AM



PERPUSTAKAAN Daerah Punggol mencerminkan visi Singapura bagi sebuah perpustakaan moden, di mana semua orang boleh menimba sesuatu yang baru, tanpa mengira keperluan atau minat mereka.



Ini dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, semasa membuka rasmi perpustakaan tersebut di One Punggol pada Rabu.



Berucap di majlis perasmian itu, Encik Wong berkata perpustakaan bukan lagi sebuah tempat untuk membaca dan meminjam buku sahaja, tetapi kini menjadi ruang di mana orang ramai boleh menimba ilmu dengan cara interaktif dan menarik.



"Terdapat ruang untuk orang dewasa dan warga emas di mana mereka boleh mempelajari teknologi baru seperti kecerdasan buatan (AI) dan cetakan 3D.



"Penduduk Punggol juga boleh mengetahui lebih lanjut tentang warisan dan sejarah Punggol melalui sebuah pameran dan koleksi buku," katanya.



Majlis pembukaan itu turut dihadiri Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean; Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary; dan Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha, yang ketiga-tiganya merupakan Penasihat Pertubuhan Akar Umbi Pasir Ris-Punggol.



Selain ruang khas untuk kanak-kanak dan orang kurang upaya di tingkat satu dan dua yang dibuka pada Januari, tingkat tiga hingga lima kini dibuka menampilkan ruang untuk remaja, dewasa dan warga emas serta pemilik perniagaan.



Perpustakaan lima tingkat itu merupakan perpustakaan awam terbesar setakat ini di Singapura.



Di tingkat tiga, terdapat zon belajar yang menempatkan lebih 80 tempat duduk, di mana remaja dan pelajar boleh menggunakannya untuk membuat kerja sekolah.



Di tingkat empat, orang dewasa dan warga emas boleh menikmati teknologi baru di dua ruang interaktif.



Salah satu ruang itu dipanggil MakeIT, di mana pengunjung boleh menyertai sesi terbuka untuk mempelajari dan mencuba teknologi fabrikasi dengan menggunakan pencetak 3D dan robotik.



Ia merupakan kerjasama dengan Salvage Garden, sebuah inisiatif mereka bentuk teknologi bantuan untuk golongan kurang upaya.



Pengasas bersama Salvage Garden, Encik Saad Chinoy, berkata:



"Kami rasa cetakan 3D kurang digunakan dan tidak difahami dalam kalangan warga, jadi melalui kerjasama dengan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), kami berharap dapat meningkatkan kesedaran tentang teknologi ini."



Satu lagi ruang yang dipanggil 'ExperienceIT' adalah kerjasama bersama Amazon Web Services (AWS), di mana pengunjung boleh mengetahui lebih lanjut tentang AI dan pembelajaran mesin (ML) melalui permainan perlumbaan kereta.



Pengurus Negara Sektor Awam Seluruh Dunia, Singapura, AWS, Cik Elsie Tan, berkata kerjasama itu bertujuan untuk menjadikan AI dan ML lebih mudah diakses oleh orang ramai.



Pengunjung juga boleh melawat sebuah pameran dipanggil Singaporium di tingkat empat dan melayari sebuah peta interaktif yang memaparkan lebih 50 kisah bersejarah Punggol.



Terletak di tingkat empat juga adalah sebuah pusat sumber dipanggil Launch yang menyokong usahawan dan pekerja bebas dengan menyediakan maklumat perniagaan seperti arah trend pasaran dan mengenal pasti pelanggan berpotensi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >