Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pustaka, poliklinik bakal dibina di Hab Bukit Canberra

Oct 24, 2022 | 05:30 AM



HAB Sukan dan Masyarakat Bersepadu Bukit Canberra yang bakal dibuka secara berfasa akan juga mempunyai pelbagai kemudahan termasuk sebuah perpustakaan dan poliklinik yang akan dibina.



Perpustakaan, yang dijangka siap pada 2024, merupakan perpustakaan kedua bagi daerah Sembawang dengan yang pertama di Sun Plaza tetap dikekalkan.



Selain kemudahan sukan, hab itu akan juga mempunyai poliklinik untuk memenuhi keperluan penduduk. Ia bakal siap tahun depan.



Semalam, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, serta penasihat akar umbi, Cik Poh Li San, yang kedua-duanya merupakan Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang, mengalu-alukan lebih 300 penduduk Sembawang dan ahli ActiveSG ke Dewan Sukan Tertutup Bukit Canberra di acara rumah terbuka 'Bukit Canberra Welcomes You!' semalam.



Sebagai sebahagian daripada perayaan hari pembukaan, Encik Ong memaklumkan bahawa orang ramai dan ahli ActiveSG boleh mula menempah gelanggang di Dewan Sukan Tertutup ActiveSG Bukit Canberra mulai semalam untuk tempahan dewan bermula dari 1 November ini dan seterusnya untuk tiga sukan berikut - badminton, pickleball dan tenis meja.



Mengenai prasarana bangunan itu, Encik Ong berkata keprihatinan telah diberikan untuk mengekalkan warisan dan kehijauan semula jadi di persekitaran hab sukan itu.



Lembaga Taman Negara (NParks) telah bekerjasama untuk menanam sekitar 2,000 pepohon untuk mewujudkan suasana aman dan mesra alam.



Bercakap pada majlis itu, Encik Ong berkata: "Pembukaan Dewan Sukan Tertutup Bukit Canberra ini sudah lama ditunggu-tunggu dan merupakan kemudahan pertama yang disediakan, sebagai sebahagian daripada pembukaan fasa pertama. Ini merupakan dewan sukan tertutup terbesar di Singapura.



"Menjelang awal tahun depan, kami akan membuka pusat penjaja baru, yang pertama di Sembawang. Hab bersepadu sukan dan masyarakat Bukit Canberra juga akan menyediakan gimnasium tertutup dan terbuka terbesar oleh Active SG dan poliklinik yang akan memenuhi keperluan penduduk di sini.



"Saya mengalu-alukan kerjasama agensi lain termasuk organisasi sukarelawan dan kebajikan, untuk menggunakan kemudahan dan mewujudkan program di hab ini yang akan membolehkan penduduk untuk mengambil bahagian, kekal berhubung dan kekal sihat sebagai sebahagian daripada inisiatif SG Lebih Sihat."



Seorang pengunjung dan penduduk berdekatan, Cik Nurzanilam Ali, 32 tahun, teruja dengan perkhidmatan yang bakal dinikmatinya sekeluarga.



"Kami ada warga emas di rumah dan poliklinik berdekatan akan sangat membantu. Bagi anak-anak pula, kolam renang di kawasan ini memang kami nantikan."



Kemudahan yang akan dilancarkan pada suku pertama 2023 sebagai pelan fasa pertama termasuk pusat penjaja, makmal kesihatan, studio kesejahteraan dan pemakanan makmal kesihatan, prasekolah SPARKS@Bukit Canberra, ServiceSG, taman dan plaza masyarakat dan juga taman rama-rama.



Hab Sukan ini diterajui agensi sukan SportsSG dan disokong oleh antara lain Persatuan Rakyat (PA), ActiveSG, NParks dan NLB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >