Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pustaka tawar ciri khas bagi kanak-kanak, golongan kurang upaya

Jan 31, 2023 | 05:30 AM



PERPUSTAKAAN Daerah Punggol membuka dua tingkat pertamanya semalam dengan tawaran khusus untuk kanak-kanak dan rangkaian ciri baru yang boleh diakses bagi memenuhi keperluan golongan kurang upaya.



Perpustakaan yang terletak di One Punggol bertujuan menampung keperluan semua lapisan masyarakat sambil memupuk sikap toleransi dan mewujudkan persekitaran inklusif antara satu sama lain.



"Kami telah membangunkan dua tingkat pertama terutamanya bagi kanak-kanak melibatkan diri dalam Pasaran Pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. Sebagai sebahagian daripada LAB25 (Pelan Tindakan Perpustakaan dan Arkib 2025), kami telah membentuk perpustakaan sebegini supaya peluang pembelajaran mudah diakses oleh semua, termasuk golongan kurang upaya," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), Encik Ng Cher Pong.



Punggol mempunyai salah satu kadar tertinggi kanak-kanak yang berumur lima tahun ke bawah dalam populasi penduduknya.



Oleh itu, perpustakaan tersebut menyediakan tawaran khusus untuk kanak-kanak membaca dan belajar dengan cara baru dan menyeronokkan di dua tingkat pertama.



Perpustakaan Mainan atau Toy Library merupakan kawasan mainan khusus pertama yang terdapat di perpustakaan daerah yang menawarkan mainan, boneka, pakaian dan bahan pendidikan bagi memenuhi pelbagai jenis permainan seperti kreatif, dramatik dan deria.



Perpustakaan Mainan dijaga oleh pelajar dari The MINDS Fernvale Gardens School yang akan membantu kanak-kanak di kawasan permainan itu.



Sebagai sebahagian daripada usaha memupuk kanak-kanak kecil menghargai sastera Singapura, Bilik Cerita Jadi Nyata atau Stories Come Alive Room menggunakan imej dan teks yang bergerak, kesan cahaya dan bunyi untuk menjadikan penceritaan suatu pengalaman yang interaktif dengan memaparkan puisi yang ditulis oleh penulis tempatan.



Pengguna akan dapat berinteraksi dengan puisi tersebut dalam empat bahasa dalam bentuk animasi yang ditayangkan ke dinding.



Kanak-kanak juga akan dapat mencipta penyelesaian inovatif yang berbeza di Ruang Pembaikan Spark!Lab atau Spark!Lab Tinkering Space. Ruang bermain ini telah ditubuhkan oleh NLB dengan kerjasama Institusi Smithsonian dari Amerika Syarikat.



Ini adalah sebagai sebahagian daripada kemahiran bagi menggalakkan mereka mengambil risiko dan mengamalkan minda sebagai seorang pencipta.



Selain menggalakkan kanak-kanak membangunkan penyelesaian secara kreatif, aktiviti tersebut juga menggalakkan ahli keluarga yang lain mengambil bahagian dalam cabaran tersebut bersama-sama.



Pelbagai ciri baru yang mudah diakses diperkenalkan di perpustakaan bagi golongan kurang upaya. Antaranya ialah ikon The Accessible yang ditandakan pada kemudahan dan ruang terpilih untuk menunjukkan keutamaan bagi mereka menggunakannya.



Koleksi Mudah Akses menawarkan 3,000 buku untuk kanak-kanak dan orang dewasa kurang upaya. Ini juga termasuk buku braille dengan teks bagi mereka yang cacat penglihatan. Ia akan dilengkapi dengan e-buku dan buku audio yang dipertingkatkan dengan teknologi.



Selain itu, perpustakaan ini juga menawarkan Pod Tenang atau Calm Pods di dua tingkat pertama yang menyediakan ruang tenang dan selamat untuk golongan kurang upaya jika mereka memerlukan pengalaman deria peribadi dan menenangkan.



Stesen peminjaman buku mesra kerusi roda dan stesen Borrow-n-Go membolehkan pengguna kerusi roda meminjam buku dengan lebih mudah dengan hanya melalui laluan.



"Di perpustakaan ini, kami menyediakan perkhidmatan yang lebih khusus bagi golongan kurang upaya seperti stesen pinjaman buku untuk mereka yang berkerusi roda," dedah Cik Zubaidah Mohsen, Ketua Kanan (Bahasa Melayu), Koleksi Cina, Melayu dan Tamil.



Ciri-ciri yang mudah diakses ini ialah hasil maklum balas yang diterima penglibatan NLB dengan lebih 500 orang kurang upaya dan penjaga mereka sejak 2018. Ia bertujuan meneroka bagaimana perpustakaan tempatan boleh memenuhi keperluan golongan ini dengan lebih baik.



NLB juga telah terus berunding dengan Jawatankuasa Penasihat Orang-orang Kurang Upaya, yang ditubuhkan pada 2019, untuk menyokong usaha meningkatkan perpustakaan awam bagi golongan kurang upaya.



Kesemua lima tingkat perpustakaan itu dijangka dibuka dalam beberapa bulan akan datang yang menawarkan ruang, program dan aktiviti bagi golongan remaja dan dewasa.




"Kami telah membangunkan dua tingkat pertama terutamanya bagi kanak-kanak melibatkan diri dalam Pasaran Pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. Sebagai sebahagian daripada LAB25 (Pelan Tindakan Perpustakaan dan Arkib 2025), kami telah membentuk perpustakaan sebegini supaya peluang pembelajaran mudah diakses oleh semua, termasuk golongan kurang upaya."
- Encik Ng Cher Pong, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >