Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Putera Abdulaziz dari Arab Saudi lawat Singapura

Mar 17, 2018 | 05:30 AM



MENTERI Dalam Negeri Kerajaan Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Saud bin Naif Al Saud, kini di Singapura dalam rangka lawatan tiga hari atas undangan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam.



Semalam, putera tersebut menemui Presiden Halimah Yacob di Istana.



Dalam pertemuan itu, Presiden Halimah dan Putera Abdulaziz mengesahkan persahabatan mesra dan hubungan yang lama terjalin antara Singapura dengan Saudi, menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) semalam.



Pemimpin itu juga memberi taklimat perkembangan terkini mengenai Visi 2030 Saudi.



Presiden Halimah pula berkongsi pengalaman mengenai pembangunan di sini, selain melahirkan penghargaan kepada Arab Saudi kerana menjaga kebajikan jemaah Singapura ketika mengerjakan umrah dan haji.



Putera itu juga menemui Pemangku Perdana Menteri Teo Chee Hean dan kededuanya telah mengesahkan kerjasama hubungan keselamatan yang kukuh, selain saling memberi pandangan tentang perkembangan domestik dan serantau.



Kelmarin, Putera Abdulaziz telah dijamu Encik Shanmugam, dan dalam pertemuan itu mereka saling sama-sama bersetuju untuk bekerja rapat menentang pengganasan.



Putera itu akan juga menemui Menteri Perhubungan dan Penerangan yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >