Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Putera Mahkota Brunei lawat Pangkalan Tentera Laut Changi

Aug 06, 2022 | 05:30 AM



PUTERA Mahkota Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah, yang berada di Singapura atas lawatan rasmi, melawat RSS Singapura - Pangkalan Tentera Laut Changi semalam.



Lawatan beliau itu dihoskan oleh Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.



Semasa lawatan beliau itu, Putera Al-Muhtadee Billah berlayar di atas Kapal Misi Pesisir (LMV) RSS Sovereignty Angkatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN), kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam kenyataannya semalam.



"RSN menunjukkan cara ia bekerja rapat dengan agensi nasional lain seperti Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA), Pasukan Polis Singapura dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura, untuk menangani ancaman keselamatan maritim dan kejadian di perairan Singapura," kata Mindef.



Putera Al-Muhtadee Billah juga diberi taklimat mengenai peranan dan keupayaan operasi LMV.



Beliau, yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei, berada di Singapura dari 3 Ogos hingga semalam bagi Program Pemimpin Muda (YLP) Singapura-Brunei kelapan.



Hadir semasa lawatan beliau itu ialah Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman; Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II Brunei, Dato Seri Setia Dr Awang Haji Mohd Amin Liew Abdullah; Menteri Pendidikan Brunei, Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah Haji Md Salleh; dan Timbalan Menteri di Pejabat Perdana Menteri Brunei, Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza Dato Paduka Haji Mohd Yunos.



Turut hadir ialah Panglima Tentera Laut, Laksamana Muda Aaron Beng, serta pegawai rasmi dari Singapura dan Brunei.



Mindef berkata, lawatan Putera Al-Muhtadee Billah ke RSS Singapura - Pangkalan Tentera Laut Changi menggariskan hubungan pertahanan yang erat dan terjalin lama antara Singapura dengan Brunei sejak 1976.



Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei berinteraksi dengan kerap melalui pelbagai kegiatan seperti latihan dua hala, kehadiran kursus, lawatan dan pertukaran profesional.



"Interaksi sedemikian telah memupuk persefahaman bersama dan meningkatkan keupayaan beroperasi bersama dan juga telah membina hubungan dan persahabatan yang kukuh dalam kalangan kakitangan kedua-dua angkatan bersenjata itu," kata Mindef.



Sebagai sebahagian program lawatannya, Putera Al-Muhtadee Billah telah menemui Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, di Istana kelmarin. Mereka kemudian makan tengah hari bersama.



Putera Al-Muhtadee Billah, yang disertai isterinya, Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, serta tiga anak mereka, juga telah berkunjung ke River Wonders bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong; Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean; Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; dan Dr Maliki.



Kelmarin, Singapura dan Brunei mengumum akan membentuk program biasiswa dua hala yang akan ditawarkan kepada pelajar Brunei yang cemerlang untuk mengikuti pengajian praperingkat tinggi di Singapura.



Ini bertujuan menggalak pertukaran antara belia dengan pemimpin akan datang, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataannya.




“Interaksi sedemikian telah memupuk persefahaman bersama dan meningkatkan keupayaan beroperasi bersama dan juga telah membina hubungan dan persahabatan yang kukuh dalam kalangan kakitangan kedua-dua angkatan bersenjata itu.”
- Kementerian Pertahanan mengenai lawatan Putera Mahkota Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >