Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Putera Mahkota Brunei lawat RSS Singapura – Pangkalan Tentera Laut Changi

Aug 05, 2022 | 04:16 PM



PUTERA Mahkota Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah, yang berada di Singapura atas lawatan rasmi, melawat RSS Singapura – Pangkalan Tentera Laut Changi pagi tadi.

Lawatan beliau itu dihoskan oleh Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.

Semasa lawatan beliau itu, Putera Al-Muhtadee Billah berlayar di atas Kapal Misi Pesisir (LMV) RSS Sovereignty Angkatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN), kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam kenyataannya.

“RSN menunjukkan cara ia bekerja rapat dengan agensi nasional lain seperti Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA), Pasukan Polis Singapura dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura, untuk menangani ancaman keselamatan maritim dan kejadian di perairan Singapura,” kata Mindef.

Putera Al-Muhtadee Billah juga diberi taklimat mengenai peranan dan keupayaan operasi LMV.



Mindef berkata lawatan Putera Al-Muhtadee Billah ke RSS Singapura – Pangkalan Tentera Laut Changi itu menggariskan hubungan pertahanan yang erat dan terjalin lama antara Singapura dengan Brunei sejak 1976.



Hadir semasa lawatan beliau itu ialah Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman; Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II Brunei, Dato Seri Setia Dr Awang Haji Mohd Amin Liew Abdullah; Menteri Pendidikan Brunei, Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah Haji Md Salleh; dan Timbalan Menteri di Pejabat Perdana Menteri Brunei, Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza Dato Paduka Haji Mohd Yunos.



Turut hadir ialah Panglima Tentera Laut, Laksamana Muda Aaron Beng, serta pegawai rasmi dari Singapura dan Brunei.



Putera Al-Muhtadee Billah berada di Singapura dari 3 Ogos hingga hari ini bagi Program Pemimpin Muda (YLP) Singapura-Brunei kelapan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >