Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Putera Mahkota Brunei lawat SG, pimpin delegasi Program Pemimpin Muda

Aug 03, 2022 | 05:30 AM



PUTERA Mahkota yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah, tiba di Singapura semalam bagi memulakan lawatan rasmi ke Singapura mulai hari ini hingga lusa.



Beliau dan keluarganya telah disambut oleh Menteri Kedua (Pendidikan dan Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman serta isteri.



Putera Al-Muhtadee Billah ditemani isterinya, Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah serta anak-anak mereka; Puteri Muneerah Madhul Bolkiah, Putera Muhammad Aiman dan Puteri Faathimah Az-Zahraa' Raihaanul Bolkiah.



Menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam, Putera Al-Muhtadee Billah, yang berada di sini atas jemputan Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, akan memimpin satu delegasi ke Singapura bagi Program Pemimpin Muda (YLP) Singapura-Brunei.



Dilancarkan pada 2013, YLP merupakan satu platform utama bagi warga muda Singapura serta para pemimpin Brunei untuk berinteraksi dan menjalin hubungan antara satu sama lain.



Anggota lain delegasi Brunei yang turut serta adalah Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua Kewangan serta Ekonomi, Dato Amin Liew Abdullah; Menteri Pendidikan, Datin Romaizah Salleh; Timbalan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dato Riza Yunos, serta para pegawai kanan dari kementerian Ehwal Luar dan Jabatan Perkhidmatan Awam Brunei.



Semasa YLP itu, Presiden Halimah Yacob dan Encik Mohamed Abdullah Alhabshee akan menjadi hos makan tengah hari kepada Putera Al-Muhtadee Billah.



Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong akan menjadi hos makan tengah hari berasingan bagi Putera Al-Muhtadee Billah dan anggota delegasinya.



Satu majlis makan malam selamat datang akan dihoskan SM Encik Teo, dan Timbalan Perdana Menteri yang juga menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, bagi Putera Al-Muhtadee Billah serta delegasi Brunei itu.



Putera Al-Muhtadee Billah juga akan membuat lawatan berasingan ke Sekolah Victoria dan Dewan Victoria, Our Tampines Hub dan pusatkhidmat awam bersepadunya, serta Pangkalan Tentera Laut Changi RSS - Singapura.



Lawatan Putera Al-Muhtadee Billah, yang pertama sejak 2019 menyusuli pandemik Covid-19, mengesahkan hubungan cemerlang dan rapat antara Singapura dengan Brunei.



Semasa lawatannya, kededua pihak akan membincangkan cara mengukuhkan hubungan dua hala dalam tahun-tahun mendatang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >