Qatar beli bangunan $3.4 bilion di Marina Bay
Jun 07, 2016 | 05:30 AM
DANA milik kerajaan Qatar, Qatar Investment Authority (QIA) telah bersetuju membeli bangunan Asia Square Tower 1 di pusat kewangan dan perniagaan Marina Bay pada harga $3.4 bilion.
Menurut data yang dikumpulkan firma rundingcara JLL yang menasihati mengenai pembelian itu, penjualan itu merupakan pembelian tunggal yang terbesar di Asia Pasifik dan kedua terbesar di peringkat sejagat.