DALAM kehidupan sebagai sebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, Encik Khalid Ibrahim percaya bahawa setiap rakyat Singapura mempunyai peranan yang boleh dimainkan dalam memastikan kita mampu hidup majmuk dan harmoni sebagai sebuah negara kecil.
Selain daripada perbezaan bangsa dan agama, Encik Khalid percaya masyarakat Singapura perlu mempunyai matlamat yang sama ke arah menjadikan Singapura sebuah negara global yang menggalakkan toleransi di antara rakyatnya.