Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Raeesah Khan letak jawatan daripada WP dan tugas sebagai AP GRC Sengkang

Nov 30, 2021 | 11:36 PM



PARTI Pekerja (WP) dalam kenyataan partinya yang dimuatnaikkan ke Facebook pada Selasa malam (30 November) mengumumkan pengunduran Cik Raeesah Khan daripada WP dan sekali gus peletakan jawatannya sebagai Anggota Parlimen (AP) GRC Sengkang.



Menurut kenyataan tersebut, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) WP bertemu pada 8 malam Selasa untuk mempertimbangkan dan memutuskan tentang usulan Jawatankuasa Disiplin yang telah dibentuk pada 2 November untuk menyiasat penerimaan masuk Cik Raeesah di Parlimen.



"Pada 4.30 petang hari ini, 30 November, Cik Raeesah telah memaklumkan kepada Encik Singh (Setiausaha Agung WP, Encik Pritam Singh) hasratnya untuk meletakkan jawatan dari parti tersebut. Beliau kemudian menghadiri mesyuarat CEC pada 8 malam dan menyampaikan secara peribadi niatnya untuk meletakkan jawatan," tambah kenyataan itu lagi.



WP akan mengadakan sidang media pada 2 Disember (Khamis) untuk memberikan lebih banyak maklumat mengenai perkara ini di samping berkongsi rancangan lanjutan untuk memastikan penduduk Sengkang, khususnya di kejiranan Compassvale, akan terus dijaga dan diwakili.



Awal bulan ini, Cik Raeesah, 27 tahun, mengaku berbohong di Parlimen mengenai butiran kes serangan seksual yang beliau dalam satu sesi Parlimen lebih awal dakwa disalahlakukan oleh polis.



Dalam surat peletakan jawatannya yang ditujukan kepada Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, Cik Raeesah, berkata dengan rasa berat hati, beliau mengundurkan diri dan sekali lagi meminta maaf kepada Parlimen, penduduk Sengkang dan sukarelawannya.



"Saya akan meluangkan lebih masa bersama keluarga dan misi sosial yang saya sangat cenderung lakukan. Saya selalu terhutang budi kepada penduduk Sengkang kerana memberi saya kehormatan untuk berkhidmat sebagai Anggota Parlimen mereka di dalam Parlimen ke-14. 



"Di sebalik kelemahan saya sendiri, saya berharap kita akan terus bekerjasama untuk menjadikan Singapura tempat yang boleh kita banggakan untuk memanggilnya kediaman kita," tulisnya.



Sebagai Anggota Parlimen, Cik Raeesah menjelaskan beliau menikmati peluang bertemu dan berbual dengan penduduk, membantu mereka dan menyampaikan keprihatinan mereka di samping memperbaiki hidup mereka.



Beliau juga menjelaskan dirinya akan membantu dan memberi kerjasama kepada Jawatankuasa Hak Istimewa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >