Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KENYATAAN SYLVIA LIM PADA 13 DISEMBER 2021

Raeesah tidak perlu beri respons kepada polis: Sylvia

Dec 16, 2021 | 05:30 AM



PENGERUSI Parti Pekerja (WP), Cik Sylvia Lim telah memberitahu mantan Anggota Parlimen (AP) Cik Raeesah Khan beliau tidak perlu memberikan respons terhadap permintaan polis untuk ditemu ramah, memandangkan Cik Raeesah bakal membuat penjelasan di Parlimen.



Cik Lim bersetuju dengan Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP) dan menyatakan sebagai ahli politik yang berpengalaman, beliau sedar betapa serius perkara itu setelah mendapat tahu tentang pembohongan Cik Raeesah pada 8 Ogos di Parlimen.



Meskipun pembohongan itu perlu diperjelas, Cik Lim tidak terfikir pada masa itu untuk mempersoalkan bagaimana dan bila ia perlu diperbetulkan, menurut laporan itu.



Cik Lim memberitahu COP bahawa ia tidak ingat perbualannya bersama Encik Pritam dan Encik Faisal pada 8 Ogos berkaitan pembohongan Cik Khan di Parlimen, atau langkah-langkah seterusnya yang perlu diambil selanjutnya.



Beliau juga tidak memberitahu apa-apa kepada Cik Raeesah pada masa itu tentang langkah-langkah seterusnya untuk memperbetulkan rekod Parlimen kerana Cik Raeesah perlu memberitahu ibu bapanya terlebih dahulu tentang insiden pelecehan seksual yang dialaminya sebelum melakukan perkara lain.



Cik Lim berkata beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Cik Raeesah bahawa ketua-ketua parti pembangkang telah meminta beliau terus berbohong, selaras dengan apa yang dikatakan Encik Pritam dalam perbicaraannya minggu lalu.



Encik Pritam memberitahu jawatankuasa itu Jumaat lalu bahawa kenyataan ini memang tidak benar sama sekali.



Selepas pertemuan antara pemimpin WP dan Cik Khan pada 8 Ogos, Cik Lim berkata tiada langkah konkrit susulan yang diambil untuk menyuruh Cik Raeesah ke Parlimen bagi menjelaskan pembohongan itu.



Cik Lim berkata beliau tidak berkomunikasi dengan Cik Raeesah tentang pembohongan tersebut, dan tidak memeriksa sama ada beliau telah memberitahu keluarganya berkaitan pengalaman dirinya sebagai mangsa pelecehan seksual, kata laporan itu.



E-mel yang dihantar ketua parti pada 1 Oktober kepada semua Anggota Parlimen (AP) WP dan mengingatkan mereka tentang pentingnya menyertakan bukti bagi apa yang dikatakan di Parlimen bermaksud Encik Pritam tahu tentang perkara itu yang melibatkan Cik Raeesah, katanya.



"Saya punya sebab sendiri untuk membiarkan Encik Pritam menguruskan perkara itu, jadi saya tidak berbual dengannya tentang perkara ini, untuk mengesahkan apa yang telah dibuatnya atau tidak," kata Cik Lim.



Seorang lagi yang telah memberi keterangan kepada COP, anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Parti Pekerja (WP), Profesor Madya Jamus Lim, mengesahkan beliau tidak tahu Cik Raeesah Khan telah memberitahu tiga pemimpin Parti Pekerja (WP) tentang pembohongannya apabila CEC meluluskan pembentukan panel disiplin untuk mengatasi isu itu pada 2 November.



Dr Lim juga tidak tahu tentang pengakuan Cik Raeesah kepada Encik Pritam Singh, Cik Sylvia Lim dan Encik Faisal Manap itu apabila CEC memutuskan tentang saranan panel itu pada 30 November.



Menurut laporan keempat COP yang dikeluarkan kelmarin, Dr Lim berkata bahawa sama ada pengetahuan awal pemimpin kanan parti mengenai perkara itu adalah penting akan "bergantung pada kebenaran perkara itu".



Jawatankuasa itu sedang menyiasat aduan terhadap Cik Raeesah, yang telah mengaku berbohong di Parlimen. Beliau telah meletak jawatan daripada WP dan sebagai Anggota Parlimen (AP) GRC Sengkang.



Cik Khan berkata dalam satu ucapan pada 3 Ogos lalu bahawa beliau telah menemani seorang mangsa serangan seksual ke balai polis, tetapi mangsa itu kemudian keluar sambil menangis selepas ditanya oleh polis tentang pakaiannya dan apakah dia telah minum minuman keras.



Sejak itu, Cik Khan telah mengakui beliau telah berbohong mengenai kes itu dan berkata beliau sebenarnya tidak menemani mangsa ke balai polis.



Dr Lim, semasa memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Isnin lalu, juga telah ditanya jika beliau menjangkakan bahawa CEC itu sepatutnya diberitahu tentang pengakuan Cik Raeesah kepada pemimpin parti itu dan apa yang mereka tahu pada 4 Oktober, apabila Cik Khan mengulangi pembohongannya di Parlimen sebagai respons kepada Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.



Sebagai respons, Dr Lim berkata: "Jika terdapat apa-apa yang penting, saya percaya kepimpinan itu akan kongsi bersama kami."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >