Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rahayu: Kemajuan teknologi bantu tingkat rantaian nilai penguam bukan pengganti

May 13, 2023 | 07:25 PM



PANDEMIK Covid-19 telah mempercepat penggunaan amalan berasaskan teknologi dalam kalangan firma guaman dan pengguna seluruh sektor.



Dengan berlalunya pandemik tersebut, usaha mesti terus diambil untuk mengorak langkah dalam menerima teknologi dalam sektor guaman.



Bercakap di Simposium Undang-undang dan Perniagaan Perancis-Singapura, Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam berkata kemajuan teknologi akan membantu peguam dan meningkatkan nilai mereka, bukan menggantikan mereka.



“Amalan yang sebelum ini tidak dapat digambarkan sekali pun, kini sudah diterima pakai secara meluas.



“Sedang kita bangkit daripada pandemik (Covid-19), kini terpulang kepada kita untuk tidak melupakan langkah ke arah transformasi digital yang dibuat semasa pandemik dan terus mengorak langkah dalam menerima teknologi,” katanya.



Memberi contoh, Cik Rahayu berkata perjumpaan peguam dengan klien secara maya memudahkan mereka berhubungan dari mana sahaja mereka berada, sementara perbicaraan maya memastikan akses kepada keadilan tidak tersekat walaupun di kemuncak pandemik.



Pemerintah komited menyokong firma-firma guaman dalam perjalanan mereka mendakap teknologi, tambahnya.



Antaranya, Platform Teknologi Undang-undang (LTP) yang dibangunkan Kementerian Undang-undang dan dilancarkan pada Julai 2022 sudah digunapakai sekitar 30 firma guaman Singapura.



LTP mempermudahkan pengurusan dan kolaborasi firma guaman kerana dilengkapi dengan alat teknologi undang-undang (legeltech) dan perkhidmatan awam yang sudah biasa digunakan mereka.



Pun begitu, usaha pemerintah sahaja tidak mencukupi, jelas Cik Rahayu.

Beliau menekankan kepentingan kerjasama antara pelbagai rakan kerja kerana perjalanan terhadap transformasi digital berterusan dan sesuatu yang tidak boleh dilakukan pemerintah sahaja.



“Sinergi usaha semua pemain dalam sistem eko ini membantu meningkatkan perkhidmatan perundangan kami secara kolektif dan meletakkan Singapura sebagai hab perkhidmatan perundangan dan penyelesaian pertikaian yang terkemuka pada hari ini,” kata beliau.



Dalam pada itu, Cik Rahayu akur ramai pasti bertanya sama ada tugas peguam akan suatu hari nanti digantikan oleh teknologi.



“Walaupun teknologi sememangnya boleh mengautomasikan sebahagian daripada kerja peguam yang lebih intensif buruh, saya fikir teknologi tidak akan menggantikan peguam buat masa ini.



“Malah, saya percaya kemajuan teknologi sebenarnya akan membantu peguam moden dan membantu mereka meningkatkan rantaian nilai mereka.



“Apa-apa pun, undang-undang tetap merupakan kerjaya yang memerlukan manusia,” ujarnya.



Cik Rahayu telah melawat Perancis dari 10 hingga 12 Mei 2023 untuk menghadiri simposium tersebut yang diadakan buat kali ketiga.



Simposium itu telah dianjurkan bersama oleh Kedutaan Perancis dan Akademi Undang-undang Singapura. 



Di sana, Cik Rahayu turut menghadiri mesyuarat dengan Menteri Keadilan Perancis, Encik Éric Dupond-Moretti, Presiden Mahkamah Timbang Tara Dewan Perniagaan Antarabangsa (ICC), Cik Claudia Salomon dan pengamal undang-undang lain.



Mereka telah bertukar-tukar pandangan mengenai perkhidmatan perundangan dan penyelesaian pertikaian, serta perkembangan lain dalam landskap perundangan di Singapura dan Perancis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >