Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rahayu ketuai panel bantu tingkat kesihatan masyarakat

Wan Rizal, Nadia selaku penasihat
Mar 13, 2023 | 05:30 AM



SEBUAH jawatankuasa pemandu akan ditubuhkan untuk menyelia bidang tumpuan kelima M Kuasa Tiga (M³), iaitu meningkatkan kesihatan masyarakat Melayu/Islam.



Jawatankuasa itu akan diketuai oleh Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan dan Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam.



Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah dan AP GRC Ang Mo Kio, Cik Nadia Ahmad Samdin juga berperanan dalam panel sebagai penasihat.



Langkah ini akan menggiatkan lagi usaha promosi kesihatan dengan memperkasakan masyarakat Melayu/Islam untuk menjaga kesihatan mereka.



Ini diumumkan oleh Menteri Kedua Kesihatan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli, di Pesta Keluarga Saham Kesihatan M³ di Our Tampines Hub (OTH) pada Ahad.



Majlis itu diadakan bagi meraikan peningkatan penglibatan rakan masyarakat dalam menggalakkan masyarakat Melayu/Islam mengamalkan gaya hidup sihat.



Selain kesihatan masyarakat, empat bidang tumpuan M³ ialah menyokong perkahwinan, keibubapaan dan pendidikan awal kanak-kanak; menyokong individu dan keluarga rentanl memperkasa dan bimbing belia; serta pekerjaan dan daya kerja.



Encik Masagos berkata bahawa lebih daripada 13 rakan kongsi dari M³@Bandar dan pertubuhan Melayu/Islam (MMO), termasuk Mendaki dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), akan menyertai Saham Kesihatan, sebuah inisiatif kesihatan berasaskan masyarakat.



Rakan kongsi itu akan membentuk kumpulan berkepentingan yang diterajui masyarakat untuk mereka aktiviti tersendiri, berdasarkan demografik yang mereka mahu dekati.



Rakan kongsi juga akan bekerjasama dengan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) untuk memanfaatkan pelbagai program promosi kesihatan, kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan, serta menjejaki kesihatan dengan memantau indeks jisim tubuh (BMI), paras glukosa dan kolestrol.



"Promosi kesihatan memerlukan usaha seluruh masyarakat. Hubungan rapat kami dengan rakan kongsi daripada rangkaian Jaga Kesihatan dan Jaga Ummah (JKJU) dan M³@Bandar telah membantu meningkatkan kebolehcapaian dan ketersediaan program hidup sihat dalam masyarakat dan melibatkan penduduk untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat," kata Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga.



Sehubungan itu, Cik Rahayu pula berkongsi HPB telah pun menjalinkan hubungan rapat dengan masyarakat Melayu/Islam melalui M³ dan rakan kongsi JKJU.



"Bagaimanapun, kita perlu menjadikannya lebih meluas. Kita perlu melakukan lebih banyak - mengamalkan gaya hidup sihat dan menunjukkan kepada orang ramai bahawa terdapat akses kepada banyak kemudahan dan sokongan dalam masyarakat.



"Pesta Keluarga Saham Kesihatan M³ ini merupakan salah satu inisiatif untuk memastikan masyarakat Melayu/Islam mendapat akses kepada program yang boleh membantu mereka mengamalkan gaya hidup lebih sihat.



"Kami berharap dapat mewujudkan budaya hidup sihat yang lebih ketara dalam masyarakat dan ia untuk menjadi satu amalan biasa," katanya.



Lebih 1,000 penduduk daripada masyarakat Melayu/Islam menghadiri Pesta Keluarga Saham Kesihatan M³ di mana mereka mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti seperti senaman beramai-ramai dan tele-perlawanan berpasukan. Mereka pelajari cara menggabungkan tabiat sihat dalam kehidupan seharian, cara mengamalkan diet lebih sihat dan mempelajari petua berhenti merokok.



Laporan lanjut di Muka 2




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >