Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Rahayu kongsi pengalaman besarkan anak keperluan khas, saran cara jadi negara inklusif

Jul 12, 2018 | 05:30 AM



CIK RAHAYU Mahzam (GRC Jurong) semalam mengongsi pengalamannya membesarkan seorang anak dengan Sindrom Down dan menyarankan beberapa cara bagi Singapura menjadi negara yang inklusif.



Antara lain, beliau mengusulkan agar sistem pendidikan Singapura menawarkan lebih peluang interaksi antara kanak-kanak berkeperluan khas dan tanpa berkeperluan khas, meningkatkan laluan kerjaya guru pendidikan khas, dan mengenal pasti awal pelajar dengan kesukaran pembelajaran.



Cik Rahayu berkata demikian semasa membahaskan usul mengenai pendidikan di Parlimen semalam.



Dalam ucapannya, beliau mendedahkan bahawa anaknya Muhamad Ayden Imad, yang berusia satu tahun, mempunyai Sindrom Down dan berkeperluan khas.



"Beberapa bulan pertama dalam kehidupan Ayden mungkin antara tempoh paling sukar dalam kehidupan saya," ujar Cik Rahayu.



Katanya, ibu bapa anak keperluan khas selalu prihatin bagaimana masyarakat melihat anak-anak itu, dan apakah anak itu boleh menjaga diri mereka setelah ibu bapa mereka meninggal dunia.



Meskipun Singapura berusaha menjadikan negara ini lebih inklusif, masyarakat "belum lagi mampu melihat individu kurang upaya sebagai anggota berharga dalam masyarakat."



"Saya percaya kita boleh menyemak dan membangun sistem pendidikan kami untuk mengubah tanggapan, menjadikan kekurangan upaya satu perkara biasa, agar orang ramai sedar bahawa individu bekeperluan khas sebenarnya hanya berbeza dari segi keupayaan dan tidak kurang berharga berbanding anggota masyarakat lain," ujarnya.



Beliau turut menyarankan agar kurikulum sekolah disesuaikan kepada keperluan dan tahap pembelajaran yang berbeza, termasuk menyediakan kemudahan dan sumber untuk memenuhi pelbagai darjah keupayaan.



Sementara itu, Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Azmoon Ahmad pula menggesa Singapura untuk mengambil 'strategi berjiwa' dalam sistem pendidikan demi mewujudkan peluang sama rata bagi semua, dan mengambil kira hambatan dan cabaran yang dihadapi pelajar daripada latar belakang berbeza.



"Sama seperti kita berusaha untuk membina masyarakat berjiwa besar, sistem pendidikan kita perlu mengembangkan strategi yang berjiwa.



"Strategi pendidikan yang dimaksudkan ini haruslah bercorak keseluruhan, yang menekankan pembangunan setiap individu, yang dapat menerokai potensi dan menyuburkan kebolehan masing-masing, agar impian dan aspirasi mereka tercapai," ujarnya.



Beliau menyarankan sistem pendidikan pelbagai yang mengambil kira kebolehan dan kelemahan setiap individu dan mengubahnya menjadi peluang untuk berkembang dan maju.



"Walau bagaimanapun, kita harus berhati-hati. Dalam keghairahan kita berbuat demikian, jangan pula ia sampai membataskan peluang mereka," ujarnya.



Encik Azmoon turut menggesa agar sistem pendidikan mengambil strategi untuk memupuk cinta terhadap ilmu dan pembelajaran kepada pelajar, dan tidak hanya mendorong pelajar untuk lulus peperiksaan semata-mata.




"Sama seperti kita berusaha untuk membina masyarakat berjiwa besar, sistem pendidikan kita perlu mengembangkan strategi yang berjiwa. Strategi pendidikan yang dimaksudkan ini haruslah bercorak keseluruhan, yang menekankan pembangunan setiap individu, yang dapat menerokai potensi dan menyuburkan kebolehan masing-masing, agar impian dan aspirasi mereka tercapai. Adalah tidak bermakna jika system pendidikan itu hanya menyediakan pelbagai laluan ke destinasi yang sama, tanpa memenuhi impian dan aspirasi. Oleh itu, saya ingin menyarankan dan mempertimbangkan sistem pendidikan pelbagai agar kita dapat memenuhi hasrat ini."
– Encik Azmoon Ahmad, Anggota Parlimen Dilantik (NMP)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >