Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WGS, BUDAYA & WARISAN

Rahayu: Taman Warisan terus guna wadah digital pergiat kegiatan

Dec 27, 2020 | 05:30 AM



TAMAN Warisan Melayu (TWM) akan terus memanfaatkan wadah digital untuk kegiatan budaya dan warisannya seperti yang telah ia lakukan sepanjang pandemik Covid-19, terutama semasa pemutus rantaian jangkitan.



Setiausaha Parlimen bagi Kementerian Kesihatan (MOH), Cik Rahayu Mahzam, yang menerajui TWM berkata pusat itu telah bertindak sebagai penggerak balas pertama bagi budaya dalam tempoh tersebut yang menimbulkan cabaran bagi masyarakat seni dan warisan di sini.



"Usaha yang mereka lakukan ialah untuk menjangkau dalam talian, menggunakan wadah digital, untuk mengadakan pameran dalam talian, lawatan dalam talian, dan juga untuk memacu seniman kita," kata Cik Rahayu.



Beliau menambah, TWM telah mendapatkan dua seniman setempat untuk mempamerkan produk mereka, serta bekerjasama dengan beberapa kumpulan seni untuk memaparkan persembahan dalam talian.



"Saya rasa ia adalah sesuatu yang mencabar tetapi bermakna dalam benar-benar memastikan budaya dan tradisi ini tidak hilang. Kerana ia adalah cara kita untuk memaparkan wadah kita, membolehkan semua orang di Singapura dari budaya berbeza memahami kita dengan lebih baik," kata Cik Rahayu.



Menurutnya, TWM tidak sekadar membina kerjasama di dalam negara, bahkan turut mendampingi rakan kongsi dari Malaysia dan Indonesia bagi Pesta Budaya Melayu.



"Jadi ini adalah sesuatu yang saya rasa kita akan terus bangunkan kerana wadah digital akan terus kekal. Dan ini membolehkan jangkauan lebih besar ke masyarakat berbeza," kata Cik Rahayu.



Beliau, yang turut menerajui bidang tumpuan ketiga (FA3) berkenaan memperkasa dan membimbing belia, turut mengongsi perkembangan program yang dijalankan seperti Pejabat Pementoran Belia yang telah melatih lebih 550 relawan belia dan karyawan menjadi mentor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >