Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Raih kepujian tertinggi NUS meski hadapi cabaran jaga ibu bapa sakit

Jul 12, 2022 | 05:30 AM



CABARAN demi cabaran menimpa Cik Nur Aisyah Lyana Mohamed Satria.



Tanggungjawabnnya sebagai mahasiswi Universiti Nasional Singapura (NUS) sambil melakukan pekerjaan sambilan bertambah berat apabila ibunya disahkan menghidap tumor otak dan perlu dirawat di hospital.



Situasi menjadi lebih genting apabila keadaan ibunya bertambah teruk dan perlu dimasukkan ke unit jagaan rapi (ICU) di hospital lain manakala bapanya pula diserang penyakit angin ahmar.



"Saya masih ingat lagi waktu itu saya perlu bergegas menyelesaikan tesis saya di hospital sementara menunggu untuk masuk ke wad," kata anak sulung empat beradik yang berusia 25 tahun itu.



Sebelum memasuki NUS, Cik Aisyah berkata permohonannya untuk ke universiti tempatan mahupun luar negara telah ditolak sebanyak 32 kali sepanjang tempoh dua setengah tahun disebabkan keputusan GCE Peringkat 'A' yang agak hambar.



Setelah dapat memasuki NUS, semangat Cik Aisyah untuk berjaya amat kukuh dan beliau akhirnya berjaya menggenggam ijazah sarjana muda dengan Kepujian (Kecemerlangan Tertinggi) dalam bidang Pengajian Global dan Pengajian Melayu dari Fakulti Kesenian dan Sains Kemasyarakatan (FASS) NUS.



Malah, beliau juga baru-baru ini turut diiktiraf dengan Hadiah Rakyat Global Batul Izzuddin.



Diperkenalkan pada 2019, Hadiah Rakyat Global Batul Izzuddin diberikan bagi mengiktiraf pelajar FASS yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, bahkan menyumbang kepada masyarakat.



Sumbangan bernilai $15,000 oleh ahli akademik, Dr Mustafa Izzuddin, diberi sebagai tanda penghormatan kepada ibunya, Cik Femisa Fakhrudin, atau lebih dikenali sebagai Batul Izzuddin, yang telah banyak berkorban untuk keluarganya semasa bapanya, tokoh masyarakat Encik Izzuddin Taherally, keluar bekerja.



Dr Mustafa turut menyumbangkan hadiah ini kerana beliau mempunyai kenangan manis sebagai pelajar sains politik di FASS, NUS dari 2001 hingga 2005.




"Saya masih ingat lagi waktu itu saya perlu bergegas menyelesaikan tesis saya di hospital sementara menunggu untuk masuk ke wad."
- Cik Nur Aisyah Lyana Mohamed Satria, turut memikul tanggungjawab menjaga orang tua yang sakit.



LAPORAN SELANJUTNYA: Pelajar Normal atasi stereotaip, jaya raih Kepujian 'Kelas Satu'




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >