INDIVIDU dan masyarakat perlu bekerjasama bagi melestarikan bahasa Melayu. Antara usaha yang boleh dilakukan adalah menggunakannya secara lebih kerap dalam kehidupan harian.
Demikian gesaan Anggota Parlimen GRC Jurong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa 2016, Cik Rahayu Mahzam, dalam majlis pelantikan Rakan Bahasa di Kampus Institut Pembangunan Pengurusan Singapura (MDIS), Stirling Road, semalam.