Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

GEMPA DI TURKEY & SYRIA

Rakan kuliah antara terkorban; 3 pelajar Indonesia di Turkey gigih hulur bantuan

Feb 25, 2023 | 05:30 AM



KAWAN mana yang tidak sedih apabila menerima berita bahawa sahabatnya tiada lagi.



Bak kaca terhempas ke batu, begitulah perasaan Encik Faiz Ahmad Robbani apabila diberitahu kawan sekuliahnya adalah antara ribuan mangsa yang terkorban dalam gempa bumi yang melanda Turkey.



Encik Faiz, 22 tahun, adalah seorang warga Indonesia yang menetap di bandar Bursa dan juga seorang pelajar yang mengikuti pengajian dalam jurusan pertanian di Universiti Bursa Uludag.



Di situlah beliau mengenali Allahyarham Hicri Toprak, 21 tahun, seorang warga Turkey yang berasal dari bandar Kahramanmaras.



Ia adalah musim cuti sekolah ketika gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter berlaku dua minggu lalu.



Malangnya, Allahyarham telah pulang ke rumahnya di Kahramanmar untuk menziarahi keluarganya beberapa hari sebelum gempa berlaku.



Beliau, ibu, adik a dan pakciknya meninggal dunia akibat ditimpa runtuhan gempa.



Encik Faiz berkongsi dengan Berita Harian (BH) bahawa beliau menerima berita pahit itu melalui mesej kumpulan kuliahnya di WhatsApp.



"Allahyarham adalah seorang yang baik, mudah senyum, lucu dan sering ketawa.



"Dia selalu membantu saya dalam persiapan ujian, serta menolong saya belajar bahasa Turkey," katanya sambil mengimbas kenangan lama.



Sejak pemergian Allahyarham, Encik Faiz memutuskan untuk menghormatinya dengan menghulurkan bantuan kepada mangsa lain.



Beliau membantu secara sukarela dengan memberi makanan dan menyalurkan derma yang dikumpul di Indonesia kepada warga Turkey yang rumah mereka musnah akibat bencana itu.



"Sebagai seorang Muslim, saya rasa wajib untuk menghulurkan bantuan... kepada saudara Islam kita. Bukan sahaja menolong, tetapi menolong secara ikhlas.



"Ketika tsunami berlaku di Aceh dahulu, warga Turkey banyak membantu kita. Jadi wajarlah kita membantu kawan-kawan kita di Turkey kali ini," ujarnya.



Sementara ini, beliau menginap di sebuah madrasah di bandar Kahramanmaras yang telah dijadikan sebuah pusat operasi Hayrat Yardim, sebuah pertubuhan bukan pemerintah (NGO) di Turkey.



Encik Faiz merupakan seorang ahli AQL Islamic Center, sebuah NGO di Jakarta, yang bekerjasama dengan Hayrat Yardim untuk mengumpul dana bagi mangsa gempa.



Makanan yang diberikan kepada mangsa juga dimasak oleh Encik Faiz di pusat operasi Hayrat Yardim.



Selain Encik Faiz, dua lagi ahli dari AQL Islamic Center - Encik Rudi Saputra, 22 tahun dan Encik Syauqy Ahnan, 24 tahun - turut menghulurkan bantuan sebagai relawan.



"Kita tidak mempunyai kemahiran untuk mencari dan menyelamat mangsa yang ditimpa runtuhan, tetapi kita mampu memberikan mangsa makanan dan menjadikan diri kami berguna," kata Encik Syauqy.



"Sebelum kami datang ke sini, kami sudah minta kebenaran dari ibu bapa dan keluarga, jadi kami redha dengan apa yang mungkin berlaku," tambah Encik Rudi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >