Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: S'pura harus bangunkan ekon, pastikan semua raih hasilnya

Dyson akan labur $1.5b di sini, teruskan rancangan gajikan 250 lagi jurutera, saintis
Mar 26, 2022 | 05:30 AM



SYARIKAT peralatan teknologi Dyson akan melabur hampir $1.5 bilion dalam operasinya di Singapura sepanjang empat tahun mendatang.



Ia juga akan meneruskan rancangan menggajikan 250 lagi jurutera dan saintis di Singapura, sebagai sebahagian rancangan pelaburan global bernilai £2.75 bilion ($5 bilion) yang diumumkan pada 2020.



Ini diumumkan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, di perasmian ibu pejabat global syarikat itu di bangunan St James Power Station di Harbourfront semalam.



Bermula dengan 10 pekerja di Singapura pada 2007, syarikat itu kini mempunyai lebih 1,400 kakitangan di sini dalam bidang seperti penyelidikan dan pembangunan (R&D), perkilangan lanjutan, serta fungsi ibu pejabat global.



Dalam ucapan beliau di majlis perasmian itu, Encik Lee berkata usaha menarik pelaburan ke Singapura menjadi semakin kritikal dengan sekitaran luar kian mencabar.



Persaingan semakin sengit sedang negara lain mempergiat usaha menarik pelaburan untuk pulih daripada pandemik Covid-19, dan dunia juga melihat ketegangan geopolitik meningkat.



"Perang di Ukraine mempunyai risiko menjadi lebih teruk dan menimbulkan konflik lebih luas. Sekalipun keadaan tidak memburuk, perang itu akan tetap mengubah secara asas rangka kerja kerjasama ekonomi secara berbilang hala," kata Encik Lee.



Dengan lebih banyak sekatan dan kawalan eksport, negar-negara akan menghadapi kesukaran mengekalkan aliran perdagangan dan pelaburan dalam rangka kerja berbilang hala sedemikian, disebabkan perbezaan politik mereka.



Negara-negara sudah mula mengalihkan rantai bekalan mereka ke dalam negara sendiri. Ini semua ancaman serius kepada Singapura, kata Encik Lee.



Untuk mengatasi ancaman itu, Singapura akan kekal terbuka dan terhubung kepada dunia, bukan dari segi fizikal dengan membuka sempadan sahaja, bahkan menerima idea dan bakat baru.



Selain itu, Singapura harus terus membangun budaya inovasi di seluruh ekonomi, dengan kerjasama rapat rakan industri, penyelidik dan agensi pemerintah.



Encik Lee berkata Singapura juga harus terus membangun dan mengalu-alukan bakat, khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem).



Namun untuk terus maju, negara ini juga harus memberi perhatian pada dasar sosialnya, selain strategi ekonominya.



"Sedang kita membawa masuk pelaburan dan bakat untuk membangunkan ekonomi Singapura, kita perlu memastikan pertumbuhan ini bersifat inklusif. Ini agar warga Singapura daripada pelbagai lapisan masyarakat akan meraih manfaat daripada hasil pertumbuhan ini.



"Ini agar mereka yang berisko ketinggalan akan diberi bantuan tambahan, dan mereka yang telah kehilangan pekerjaan atau terganggu oleh perubahan teknologi dibantu dan dilatih untuk kekal berdaya kerja dan produktif," ujar Encik Lee.



Justeru, Belanjawan tahun ini bertujuan membina masyarakat lebih adil dan inklusif, dan memastikan semua pihak meraih manfaat, sambil memberi sokongan tambahan kepada yang memerlukan.



"Akhirnya, semua orang perlu mempunyai bahagian dalam pertumbuhan Singapura agar rakyat negara ini akan terus menyokong usaha memastikan negara kita kekal terbuka, terus mengalu-alukan orang lain yang dapat menyesuaikan diri dan menyertai masyarakat kita, serta menyumbang kepada pembangunan kita, dan mengekalkan kitaran pertumbuhan yang kita nikmati sekarang," kata Encik Lee.




RAKYAT TIDAK DILUPAKAN 



"Sedang kita membawa masuk pelaburan dan bakat untuk membangunkan ekonomi Singapura, kita perlu memastikan pertumbuhan ini bersifat inklusif. Ini agar warga Singapura daripada pelbagai lapisan masyarakat akan meraih manfaat daripada hasil pertumbuhan ini. Ini agar mereka yang berisko ketinggalan akan diberi bantuan tambahan, dan mereka yang telah kehilangan pekerjaan atau terganggu oleh perubahan teknologi dibantu dan dilatih untuk kekal berdaya kerja dan produktif."
- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >