Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ramadan masa bersama keluarga, hidup sihat tanpa dadah: Faishal

Apr 09, 2023 | 05:30 AM



BULAN Ramadan adalah masa untuk keluarga meluangkan masa bersama orang tersayang, mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menjalani gaya hidup sihat tanpa dadah, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, semasa melancarkan acara tahunan Dadah Itu Haram 'Date Your Loved Ones Today! (DYLOT).'



Sejak pelancaran DIH pada 2017, kempen itu melibatkan pengagihan kurma sebagai sebahagian daripada DYLOT! - daya usaha sepanjang Ramadan.



Paket kurma yang mengandungi mesej kempen Dadah Itu Haram (DIH) diedarkan pada Sabtu kepada pengunjung di Kampong Glam Café dan Restoran Islamic.



Turut menyertai pengagihan kurma kali ini ialah bekas pemain bola sepak kebangsaan dari pasukan Geylang International Legends.



Selain itu, beberapa kegiatan pengagihan makanan turut diadakan pada hari Sabtu.



Antaranya ialah Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Gerakan SalamSG (SSGM) 2023 dan Pandu Amal Ramadan 2023 oleh Forum Belia Muslim (MYF), Grab Singapura dan M3@ Bedok.



Amal Ramadan 2023 yang diadakan di Grab Tampines pada Sabtu itu membantu kira-kira 100 isi rumah dari M3@Bedok yang menerima barangan keperluan runcit harian oleh Grab Singapura.



Selain itu, Gerakan SalamSG 2023 yang diadakan di Masjid En-Naeem pada Sabtu turut mengagihkan habuan kepada 70 penerima.



Selain itu pula, HPB mengedar pek makanan kepada keluarga berpendapatan rendah termasuk bahan makanan yang lebih sihat dan kad resipi untuk keluarga mempelajari cara menyediakan hidangan Melayu yang lebih sihat semasa musim perayaan.



Acara itu diadakan di Blok 266 Bukit Batok East Avenue 4.



Sejak ia dilancarkan pada 2017, kempen antidadah DIH telah menggembleng tenaga lebih 230 relawan dan lebih 340 pertubuhan yang membantu menbentuk dan menyampaikan bersama program dan inisiatif DIH dengan Biro Narkotik Pusat (CNB).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >