Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ramai banjiri Geylang hujung minggu terakhir jelang Ramadan

Mar 19, 2023 | 09:10 PM



HUJUNG minggu akhir menjelang Ramadan menyaksikan ramai dalam kalangan masyarakat bersiap lebih awal bagi menyambut ketibaan Ramadan, juga Hari Raya.


Kawasan Geylang Serai khususnya pada Ahad, menyaksikan ramai mengunjungi bukan sahaja Pasar Geylang Serai bagi mendapatkan barangan dapur untuk berbuka dan bersahur, tetapi juga bazar di Wisma Geylang Serai, Joo Chiat Complex, Haig Road dan pusat membeli-belah Kinex bagi membeli barangan Raya. 


Bagi Cik Puteri Amire Muhammad Baharuddin, beliau menemani ibu dan makciknya membeli bahan mentah seperti ayam, sotong dan udang di Pasar Geylang Serai pada awal pagi.



Ini kerana bahan itu diharapkan dapat bertahan selama dua minggu, sebagai persediaan juadah berbuka puasa untuk keluarga enam orang itu. 


“Selain itu kami juga akan beli makanan beku seperti epok-epok dan samosa untuk memudahkan persiapan juadah sahur atau berbuka,” tambahnya. 


Penjual sayur-sayuran dan santan segar di Pasar Geylang Serai, ‘H.R Fresh Coconut Milk & Vegetables’, berkongsi bahawa walaupun ramai yang mengunjungi pasar tersebut, ia tidak boleh dibandingkan dengan masa sebelum pandemik. 



“Inflasi menyebabkan harga barang naik, dan kini lebih ramai penduduk Singapura sanggup ke Johor Bahru untuk membeli barangan rumah bagi menjimatkan kos,” kata Encik Haled Aidil yang berjual di pasar itu selama 14 tahun. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >