SELAIN sokongan kuat penderma, Tabung Amal Aidilfitri (TAA) dianggap bertuah kerana turut mendapat banyak bantuan daripada sukarelawan.
Ini termasuk mantan anggota jawatankuasa badan amal itu yang terus menyumbang, di samping karyawan pelbagai golongan usia yang membantu mengongsi kepakaran dan tenaga mereka.