Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LONJAKAN PERMINTAAN BAGI TEKSI, KERETA SEWA PRIVET

Ramai merungut 'dahlah kena tunggu lama, tambang mahal pula'

May 28, 2022 | 05:30 AM



MANA NI TEKSI, KERETA SEWA?



Sejak kebelakangan ini, warga Singapura perlu menunggu lebih lama untuk mendapatkan khidmat teksi atau kenderaan sewa privet serta perlu menanggung kos lebih tinggi. Dengan lebih banyak kegiatan ekonomi dimulakan semula di sini, ia datang serentak dengan bekalan pemandu yang telah merosot serta kos minyak lebih tinggi. BERITA HARIAN menyorot masalah ini.



Berita Harian tinjau apa antara sebab di balik keadaan ini dan apa cabaran yang sedang dihadapi pengguna serta pemain industri pengangkutan




ENCIK Jurizal Jamal bersama isterinya yang tidak mempunyai kereta mendapati bahawa ia sukar untuk mendapatkan khidmat teksi atau kereta sewa privet semasa berjalan Raya baru-baru ini.



Menurutnya, waktu menunggu kereta menerusi semua platform - sama ada Comfort, Grab atau pemain baru seperti Tada - adalah sekurang-kurangnya mencecah lebih 10 minit.



Bukan sahaja itu, harganya juga lebih mahal.



Encik Jurizal, seorang kakitangan awam, berkata sepanjang hari berkunjung hanya empat rumah di kawasan timur pada hujung minggu pertama syawal sudah memakan perbelanjaan hampir $50.



"Kami menggunakan beberapa aplikasi - Grab, Gojek, Tada untuk membandingkan harga dan menempah servis tersebut," katanya berusia 28 tahun.



"Namun kami mendapati bahawa masa untuk mendapatkan pemandu pada cuti Hari Raya Aidilfitri ini agak lambat, seringkali kami mendapati bahawa tiada pemandu di daerah kami dan harus berusaha lagi untuk mendapatkan seseorang pemandu yang sudi mengambil kami," tambahnya.



Encik Jurizal berkata seringkali pemandu yang beliau dapatkan dalam aplikasi berkenaan tidak berada dekatan dengan lokasi mereka.



Oleh itu mereka harus menunggu dalam 10 hingga 15 minit untuk pemandu itu tiba.



"Dalam perjalanan dari Hougang - Pasir Ris (Tada), Pasir Ris - Bedok North (Grab), dan selanjutnya Bedok North-Simei (Tada), ia sudah mencapai harga $45," kata Encik Jurizal lagi.



Pengalaman beliau bukan satu pengalaman terpencil.



Berdasarkan perangkaan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) yang dikeluarkan baru-baru ini, jumlah teksi di jalanan tempatan telah merosot 19 peratus sejak dua tahun lalu.



Dari Mac 2019 hingga Mac lalu, bilangan pemandu yang mempunyai lesen untuk melakukan khidmat berkenaan juga telah turun lebih 6,500 orang.



Disebabkan itu, penumpang di Singapura dilaporkan menghadapi kesukaran mendapatkan khidmat teksi atau kereta sewa privet dengan waktu menunggu lebih lama serta kos yang lebih tinggi.



"Naik Grab atau teksi sekarang sudah macam kena rompak pada siang hari," keluh Encik Sharmil Rizza, seorang anak kapal berusia 30 tahun.



"Sekarang nak pergi ke kawasan bandar dari kawasan timur atau barat sudah mencecah lebih $30 atau masuk $40 hingga $50," tambahnya yang menetap di Hougang.



Selain itu, pemandu teksi dan kereta sewa privet juga menghadapi kos operasi semakin mahal sekarang disebabkan harga minyak tinggi.



Menurut kaedah jejak harga minyak dalam talian Fuel Kaki yang dilancarkan Persatuan Pengguna Singapura (Case), satu liter diesel berharga antara $3 (SPC, Sinopec) dengan $3.05 (Caltex, Shell) - naik 15 peratus berbanding harga kemuncak pada Mac lalu.



Satu liter 92-octane kini berharga dari $3.13 (SPC) hingga $3.20 (Caltex) iaitu 7 peratus lebih tinggi dua bulan lalu.



Pemandu Grab, Encik Othman Kasim berusia 64 tahun berkata, kini kos minyak sahaja telah merampas 20 peratus pendapatan sehariannya.



Beliau yang sering memandu setiap hari untuk mencapai antara lapan dengan 12 tempahan menambah, meskipun keadaan lebih sibuk sekarang, kos pula mahal.




NAIK GRAB 'MACAM KENA ROMPAK PADA SIANG HARI



"Naik Grab atau teksi sekarang sudah macam kena rompak pada siang hari.

Sekarang nak pergi ke kawasan bandar dari kawasan timur atau barat sudah mencecah lebih $30 atau masuk $40 hingga $50."

- Encik Sharmil Rizza, seorang anak kapal berusia 30 tahun yang tinggal di Hougang. Beliau antara penumpang yang menghadapi kesukaran mendapatkan khidmat teksi atau kereta sewa privet dengan waktu menunggu lebih lama serta kos yang lebih tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >