Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rancangan jalan Raya terjejas, temu secara maya saja

May 15, 2021 | 05:30 AM



RAMAI keluarga terpaksa membuat penyesuaian dalam rancangan beraya di bulan Syawal seperti menganjurkan lebih banyak pertemuan menerusi maya dan mengurangkan kunjungan fizikal.



Ini selepas pemerintah mengumumkan sekatan lebih ketat berhubung dengan perhimpunan sosial, dengan membenarkan hanya dua orang berkumpul berbanding lima orang, mulai esok.



Walaupun rata-rata mereka yang ditinjau rasa sedih kerana beraya di tengah-tengah peraturan pengurusan keselamatan ketat buat dua tahun berturut-turut, namun ramai yang faham tindakan ini sedang masyarakat setempat semakin terbiasa dengan norma baru ekoran pandemik Covid-19.



Antara mereka yang harus mengaturkan semula rancangannya ialah Encik Hafiq Asni, 27 tahun.



"Disebabkan datuk dan nenek tinggal bersama keluarga kami (menjadikan jumlah ahli keluarga enam orang), maka kami sudah membuat perancangan hendak berkunjung ke rumah siapa pada hujung minggu. Selalunya saya dan adik lelaki akan bergilir-gilir ikut beraya.



"Tetapi kerana langkah baru ini berkuat kuasa esok, keluarga saya harus rancang semula siapa yang kami boleh kunjung dan siapa boleh kita bertemu secara Zoom.



"Memandangkan sekarang sudah tidak ada banyak masa, makanya mungkin kami cuba untuk memaksimakan kuota jumlah lawatan bagi Jumaat dan Sabtu. Mana keluarga yang tidak sempat diziarahi, kami akan anjurkan pertemuan di Zoom sahaja," ujar pekerja penghantaran itu.



Bagi Encik Djohan Saed, 44 tahun, keadaan sekarang rasanya hampir seperti tempoh pemutus litar tahun lalu cuma sekurang-kurangnya tahun ini, beliau dapat keluar berkunjungan.



Mujur, bapa tiga anak itu berpeluang menziarahi rumah keluarga paling rapat pada Hari Raya pertama.



"Walau kali ini dapat keluar melawat, namun suasana sangat berbeza dan tidak semeriah. Yang sedihnya dengan peraturan baru sekarang, saya tidak dapat berkunjung anggota keluarga lebih tua seperti adik beradik kepada ibu bapa saya.



"Untuk keluarga yang kami tidak sempat mengunjungi, kami akan cuba berhubungan menerusi Zoom atau telefon sahaja," kata beliau yang bertugas sebagai pengurus kilang.



Walaupun kecewa tidak dapat menziarahi seperti selalu, namun Sharifah Firraudha Syed Mustafah, 33 tahun, tetap bersikap positif dan tidak patah semangat untuk terus menyambut Syawal.



Jelas juruanalisis itu:



"Apa pun saya gembira dapat juga beraya dan berjumpa keluarga tahun ini berbanding tahun lalu semasa tempoh pemutus litar.



"Kita harus terus positif dan yakin ada hikmah di sebalik segalanya. Memandangkan saya hanya berdua, bersama suami, lebih mudah untuk membuat penyesuaian.



"Memandangkan Syawal adalah sebulan, kami merancang untuk meluangkan masa sekali sehari untuk ziarah keluarga saya.



"Bagi kami, Raya tetap Raya, tetapi kami harus selalu ikut peraturan demi keselamatan masyarakat Singapura."



Mengakuri yang norma baru ini semakin diterima ramai, Cik Asnur Mursalin Aspar, 37 tahun, berkata semua anggota masyarakat perlu memainkan peranan demi memastikan keselamatan semua.



Ini meskipun Cik Asnur terpaksa menjelaskan kepada anaknya tentang mengapa mereka sekeluarga tidak boleh keluar bersiar-siar, terutama semasa Hari Raya ini.



"Memandangkan tahun lepas, Hari Raya diraikan melalui Zoom, kita semua sudah terbiasa dengan penggunaan teknologi untuk kekal berhubung dengan orang-orang tersayang.



"Jadi, itulah salah satu wadah yang saya sekeluarga gunakan pada tahun ini," ujar ibu seorang anak itu.



Tambah Cik Asnur, tumpuannya lebih kepada mengambil langkah untuk memastikan anaknya berusia tiga tahun itu, dapat menyesuaikan diri dengan rutin baru berada di rumah hampir setiap masa kecuali ke sekolah, sedangkan mereka sekeluarga sudah biasa keluar bersiar-siar. - Laporan tambahan oleh NUR SYUHRAH HASSAN




"Memandangkan sekarang sudah tidak ada banyak masa, makanya mungkin kami cuba untuk memaksimakan kuota jumlah lawatan bagi Jumaat dan Sabtu. Mana keluarga yang tidak sempat diziarahi, kami akan anjurkan pertemuan di Zoom sahaja."
- Encik Hafiq Asni, pekerja penghantaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >