Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Rancangan membangunkan masjid baru ditangguh; latihan dipertingkat untuk asatizah antara inisiatif baru Muis

May 08, 2021 | 03:35 PM

RANCANGAN membina masjid baru, termasuk satu di Tampines North, akan ditangguhkan sedang pandemik Covid-19 terus membelenggu negara.

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sebaliknya akan mengutamakan peningkatan masjid sedia ada, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, pada Sabtu (8 Mei).

Keputusan itu dibuat setelah Muis menyemak Program Peningkatan Masjidnya untuk memastikan sikap lebih cermat dalam membelanjakan dana masyarakat, kata Encik Masagos dalam ucapannya di seminar rancangan kerja tahunan Muis yang diadakan secara maya tahun ini.

Dalam masa lima tahun kebelakangan, $60 juta daripada Dana Pembinaan Masjid dan Mendaki (MBMF) - sebuah dana masyarakat yang disumbang oleh pekerja Muslim - telah digunakan untuk membina dua masjid baru dan menaik taraf 11 masjid sedia ada.

Tetapi Encik Masagos berkata mata pencarian ramai pekerja terjejas oleh pandemik itu.

"Kami menjangkakan pemulihan daripada krisis itu untuk mengambil sedikit masa, dan tahun-tahun akan datang akan terus menjadi mencabar bagi masyarakat," katanya.

Beliau berkata rancangan untuk membina masjid baru akan disemak semula apabila ekonomi pulih.
Pada Sabtu, Encik Masagos turut mengongsi rancangan untuk Muis memberikan lebih banyak panduan agama mengenai kepatuhan terhadap keperluan makanan halal di Singapura, serta mengukuhkan proses pensijilan halalnya.

Muis juga merancang untuk mengadakan persidangan antarabangsa, yang bertujuan untuk mendalamkan dampingan dan kerjasama antara sarjana agama, pegawai negara dan pemimpin masyarakat mengenai bagaimana membangunkan masyarakat minoriti Muslim yang berjaya.

Inisiatif akan datang lain termasuk rangka kerja Pendidikan Profesional Berterusan yang dipertingkat yang melanjutkan program sedia ada Muis untuk asatizah.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3