Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rancangan membantu industri media menjadi sedia digital dilancarkan

Dec 05, 2018 | 02:09 PM



SYARIKAT kecil dan sederhana (SME) serta karyawan dalam industri media kini boleh menggunakan sebuah panduan langkah demi langkah bagi melihat bagaimana mereka boleh membangunkan keupayaan digital mereka dan mendapatkan nasihat tentang cara berkembang maju dalam ekonomi digital.



Rancangan Digital Industri (IDP) Media itu diumumkan Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Sim Ann, pagi ini (5 Disember).



Teras itu ialah sesuatu yang dikenali sebagai pelan tindakan digital, yang menyertakan senarai huraian bagi membimbing SME dan karyawan industri media dalam penggunaan teknologi di setiap peringkat pertumbuhan mereka.



Ini boleh bermula di peringkat asas bagi sebuah SME yang mahu menyelaraskan operasi kontrak pekerja bebas dan pengurusan bil, contohnya, atau beralih ke peringkat lebih lanjut dalam menghasilkan kandungan yang didayakan kecerdasan buatan.



Karyawan media pula boleh menyemak senarai kursus latihan bagi meraih kemahiran digital baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >