Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rancangan pembangunan bahagian barat Ulu Pandan ditunda

Rancangan akan disemak semula dalam 10 tahun
Jul 30, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan menundakan rancangan membangunkan bahagian barat Ulu Pandan, dengan rancangan itu akan disemak sekali lagi dalam masa sekitar 10 tahun, selepas mempertimbangkan maklum balas awam dan dapatan kajian permulaan sekitaran (EBS) dan profil ekologi.



Sementara itu, bahagian timur Ulu Pandan pula akan dibangunkan bagi perumahan awam demi memenuhi permintaan perumahan yang kukuh dalam estet matang.



Ini termasuk daripada keluarga muda yang mahu tinggal berdekatan ibu bapa mereka di kawasan itu.



Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, dalam satu sidang media kelmarin berkata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada mulanya mahu melancarkan seluruh tapak yang dikenali sebagai kawasan diliputi tumbuh-tumbuhan Ulu Pandan, atau Hutan Ulu Pandan, bagi perumahan awam demi memenuhi keperluan dalam jangka masa terdekat.



Namun, mereka telah menyemak dan memperhalus rancangan itu menyusuli EBS yang dijalankan dan maklum balas awam serta pandangan masyarakat alam semula jadi, penduduk dan pihak berkepentingan.



Encik Lee berkata rancangan pembangunan bagi bahagian barat Ulu Pandan, yang lebih kaya dengan biodiversiti, akan dilawat semula dalam masa sedekad kerana "banyak perkara akan berubah", dan mungkin akan ada tapak tanah lain yang sedia ada untuk digunakan.



Rancangannya akan dikaji, namun sebahagian besar Ulu Pandan West akan dilindungi sebagai taman alam semula jadi untuk dinikmati penduduk, kata beliau.



Encik Lee menambah bahawa sains telah menunjukkan bahawa tapak itu boleh memperkukuh ketersambungan ekologi Koridor Alam Semula Jadi Clementi baru yang diumumkan.



"Kami sedang mengkaji lebih lanjut, namun sementara itu, kami akan bekerjasama dengan masyarakat untuk menjalankan kerja pemulihan hutan dan peningkatan habitat bagi bahagian barat ini, dan kami akan meletakkan laluan pejalan kaki dan kemudian rekreasi lain bagi penduduk menikmati taman alam semula jadi itu secara sensitif.



"Taman alam semula jadi ini juga akan menjadi habitat terhubung bagi hidupan liar bergerak antara tapak hutan di kawasan itu," kata beliau.



Bagi bahagian timur Ulu Pandan pula, rancangan pembangunan bagi perumahan awam akan diteruskan selepas agensi pemerintah membuat penilaian teliti dan mempertimbangkan dapatan sains dan ekologi, serta idea yang dikongsi rakyat Singapura, penduduk dan pihak berkepentingan.



Encik Lee berkata agensi tersebut menilai bahawa masih terdapat keperluan melancarkan perumahan di sebahagian tapak Ulu Pandan itu demi memenuhi keperluan perumahan.



Secara keseluruhan, jumlah permohonan yang diterima HDB bagi setiap flat Bina Ikut Tempahan (BTO) meningkat daripada 2.3 pada 2017 kepada 5.8 tahun lalu.



Encik Lee berkata mereka telah membuat segala usaha untuk memastikan tapak yang digunakan di bahagian timur Ulu Pandan dimanfaatkan dengan berkesan, dan akan mengurangkan kawasan yang diperlukan bagi perumahan.



Ini dengan memanfaatkan sepenuhnya pembangunan perumahan yang dirancang di sebelah stesen MRT Dover dan kawasan tanah yang telah dibangunkan sebelum ini, tetapi kini tidak digunakan di kawasan itu.



Ruang hijau juga akan diterapkan manakala ruang biru, atau kawasan air, yang ada kini akan dipertingkat demi meningkatkan kesesuaian kehidupan dan ketersambungan ekologi.



"Menerusi rancangan kami bagi bahagian barat dan timur Ulu Pandan, kami berusaha mencapai keseimbangan antara pelbagai keperluan penggunaan tanah kita agar kita terus mampan dalam perancangan bandar jangka panjang kita," kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >