Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rangka kerja selaras usaha badan Melayu/Islam, pihak berkuasa bantu pesalah dan keluarga dilancar

May 23, 2023 | 08:32 PM



SATU rangka kerja untuk menyelaras usaha antara pihak berkuasa dengan pertubuhan Melayu/Islam (MMO) di sini dengan lebih baik demi merendahkan kadar kebentanan pesalah Melayu/Islam di Singapura telah dilancar pada Selasa.

Ia juga bertujuan menggalak kerjasama antara agensi pemerintah seperti Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) dan Biro Narkotik Pusat (CNB), dengan badan MMO demi menawarkan sokongan menyeluruh kepada banduan, bekas banduan dan keluarga mereka.

Ini termasuk memberi sokongan di peringkat lebih awal, termasuk dalam mengasuh anak muda dari keluarga yang mempunyai ibu bapa dalam penjara, agar dapat mengekang putaran hidup berjenayah.

Berucap di Forum Rangkaian Pemulihan MMO 2023-2024 di Upper Changi Road North, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata, kerjasama dan sinergi silang agensi dan MMO perlu dipertingkat supaya dapat memberi kesan ketara terhadap mengurangkan kadar kebentanan di sini.

Menurutnya, meskipun kadar kebentanan dua tahun terkini untuk kohort yang dilepaskan pada 2020, berada di tahap rendah, iaitu 24.7 peratus, Encik Masagos berkata usaha perlu diteruskan untuk merendahkannya lagi.

“Sungguhpun kita boleh bergembira dan berbangga dengan pencapaian ini, kita tidak mampu leka. Kita harus memperkukuh iltizam kita dan melipat ganda usaha kita bersama untuk mengurangkan kadar ini juga demi masa depan keluarga dan masyarakat kita,” kata Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga.

Dilancar pada 2021, Rangkaian Pemulihan MMO itu merangkumi 26 MMO, pertubuhan sosial dan agensi pemerintah yang menawarkan khidmat seperti kaunseling, pemulihan dan sokongan di luar penjara bagi membantu bekas pesalah menyertai semula masyarakat.

Ia diurus rangkaian M Kuasa Tiga (M³) kendalian Majlis Ugama Islam (Muis), Yayasan Mendaki dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (Mesra) Persatuan Rakyat. Sebelas Bandar@M³ dan sekurang-kurangnya lapan masjid tempatan turut memberi sokongan.

Satu contoh baik hasil kerjasama rangkaian itu ialah kerjasama badan tidak mengambil untung New Life Stories (NLS) dengan Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan Bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah) kendalian Muis.

Fitrah yang antara lain mendekati pesalah, bekas pesalah dan keluarga mereka untuk memahami keperluan masing-masing kini merujuk kes-kes tertentu kepada NLS yang antara lain menyediakan sokongan sosial kepada anak-anak banduan.

Sebaliknya, NLS juga merujuk kes-kes mereka kepada Fitrah bagi mendapat bimbingan agama.

Pengarah eksekutif NLS, Cik Saleemah Ismail berkata: “Dengan kerjasama padu antara rakan masyarakat dan pihak berkuasa, kami lebih memahami keperluan golongan ini dengan menyeluruh.”

NLS, yang ditubuhkan pada 2014 menawarkan bantuan sosial kepada anak banduan. Namun ia kini juga menawarkan sokongan keibubapaan kepada banduan, antaranya untuk memupuk hubungan baik antara keluarga.

Dalam pada itu, Bandar@M³ pula memain peranan mendekati penduduk di kawasan masing-masing, termasuk keluarga yang mempunyai ahli yang dipenjarakan.

Pengerusi M³@Jalan Besar, Encik Didicazli berkata: “Dengan rangka kerja ini, kami dapat meluaskan jaringan kebajikan kepada golongan yang memerlukan berdasarkan keperluan khusus mereka, sama ada mereka memerlukan bantuan sosial, kewangan, mahupun jagaan terhadap kesihatan mental dan kebajikan mereka.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >