Rangkaian jalan raya kawasan latihan Safti dipertingkat

ANGKATAN Bersenjata Singapura (SAF) akan menyusun semula dan mengembangkan rangkaian jalan raya di kawasan latihan Safti bagi menyediakan ruang gerakan persekitaran bandar dan hutan bagi askar berlatih dalam persekitaran yang lebih realistik.

Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, yang membuat lawatan tertutup menyaksikan satu latihan berakit SAF di kawasan itu Selasa lalu, berkata perubahan rangkaian jalan raya merupakan sebahagian daripada usaha SAF menghadapi cabaran masa depan dengan "memaksimumkan potensi kawasan latihan".

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan