Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rangkaian Masyarakat SG Cares dekati 2,000 penduduk flat sewa semasa pandemik Covid-19

Jul 08, 2020 | 05:56 PM



LEBIH 400 relawan daripada pelbagai latar belakang telah menyertai usaha Rangkaian Masyarakat SG Cares untuk mendekati 2,000 penduduk yang menginap di flat sewa menerusi panggilan telefon. 



Menyatakan demikian dalam satu catatan di Facebook pada Rabu (8 Julai), Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee, berkata seramai 460 daripada penduduk itu telah dirujuk ke agensi relevan untuk bantuan lanjut.


"Pandemik Covid-19 telah menjejas ramai warga Singapura, terutama yang rentan dan berpendapatan rendah. Kami mempercepatkan sokongan kami bagi individu dan keluarga ini bagi memastikan mereka tidak mengalami kesukaran yang lebih mendalam semasa waktu mencabar ini.


"Sejak bulan lalu, rakan kongsi dan relawan kita dari Rangkaian Masyarakat SG Cares telah secara proaktif mendekati penduduk yang menginap di flat sewa menerusi panggilan telefon untuk bertanya tentang kesejahteraan diri mereka dan memberitahu mereka di mana untuk mendapatkan bantuan sekiranya perlu," kata Encik Lee.


Beliau berkata, 440 relawan yang telah tampil itu terdiri daripada belia, orang dewasa yang bekerja dan warga emas berusia 60 tahun ke atas.


Mereka telah mendaftar menerusi portal volunteer.sg Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan aplikasi SG Cares.


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan kongsi masyarakat, relawan dan agensi yang telah bersatu untuk menjaga dan menyokong mereka yang rentan dan mereka yang terjejas teruk oleh pandemik ini.


"Menerusi Rangkaian Masyarakat SG Cares, usaha dan sumber rakan kongsi disatukan dengan lebih baik dan diselaraskan dengan lebih ketat. Ini memastikan bahawa sokongan disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukannya. Dengan cara ini, kita dapat mengoptimumkan penggunaan sumber kita yang terhad dan memaksimumkan kesan kolektif sosial," kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >