Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rangkul ijazah sarjana muda selepas dua dekad dalam bidang kejururawatan

Feb 27, 2023 | 05:30 AM



SETELAH lebih dua dekad dalam bidang kejururawatan, Cik Norsila Hamid akhirnya memberanikan diri untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi.



Cik Norsila, kini 45 tahun, meraih ijazah sarjana muda dalam bidang kejururawatan daripada Universiti Griffith pada 2021, dengan pengajiannya dibiayai majikannya Thye Hua Kwan Moral Charities (THKMC).



"Sebelum ini, saya takut-takut nak sambung belajar. Apabila saya mengambil ijazah itu, ia mendorong saya untuk membaca daripada jurnal, dan saya berpeluang belajar banyak idea.



"Rasa takut yang ada sebelum ini makin kurang dan ilmu pengetahuan yang saya perolehi memberi saya lebih keyakinan," ujar ibu tiga anak itu.



Beliau, yang kini penolong pengurus jururawat (klinisian) di THKMC, sebelum ini meraih diploma kejururawatan daripada Politeknik Nanyang.



Cik Norsila menyertai bidang kejururawatan pada 1998.



Setelah lebih 20 tahun dalam bidang tersebut, beliau mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya, dengan galakan daripada penyelianya, pengurus jururawat kanan Cik Hariati Sahak.



"Saya juga gembira saya menerima sokongan daripada suami dan ibu saya, yang memberi keyakinan kepada saya mereka akan menjaga anak saya apabila saya pergi ke kelas," ujarnya.



Beliau mengambil kursus ijazah secara sambilan itu untuk tempoh sekitar dua tahun, yang memerlukannya untuk mengorbankan masa bersama keluarga.



Cik Norsila akur proses itu bukan mudah kerana beliau harus melawan rasa penat dan tekanan untuk mengimbangi masa bagi keluarga, kerja dan pelajarannya.



Namun, beliau yakin pembelajaran berterusan itu membekalkannya dengan kemahiran untuk menjadi jururawat serta individu yang lebih baik.



"Dengan meningkatkan kemahiran dalam penjagaan kejururawatan, saya dapat melihat daripada perspektif lebih luas.



"Ia juga meningkatkan keyakinan saya apabila saya berinteraksi bersama pihak berkepentingan dari luar, kerana saya lebih berpengetahuan dalam peranan saya," kata Cik Norsila.



Beliau sendiri telah bercita-cita untuk menjadi jururawat sejak di sekolah rendah.



Pemergian arwah nenek Cik Norsila sebelum ini juga telah mendorongnya untuk belajar cara menjaga orang sakit.



"Arwah nenek saya meninggal dunia daripada komplikasi kemerosotan fungsi dan waktu itu, kami tidak diajar dengan betul cara untuk menjaga keperluannya.



"Ini memberi inspirasi kepada saya untuk belajar cara menjaga orang sakit. Saya sedih kami tidak dapat menjaganya dengan betul," ujar Cik Norsila.



Beliau juga meraih inspirasi untuk menyertai bidang penjagaan kesihatan daripada arwah bapanya yang dahulu bekerja sebagai atendan penjagaan kesihatan.



Cik Norsila berkata kejururawatan merupakan satu proses pembelajaran yang berterusan dan merupakan pengalaman yang sentiasa menginsafkan.



"Klien saya dan penjaga mereka selalu memberi inspirasi kepada saya menerusi sikap mereka yang positif meskipun menghadapi penyakit yang mencabar," ujar Cik Norsila.



Beliau menggalakkan jururawat lain untuk melanjutkan pengajian mereka jika mereka bersedia untuk cabaran tersebut.



"Saya percaya ilmu yang kita raih itu bukan sahaja untuk diri kita, tetapi ia juga harus memberi manfaat kepada masyarakat lebih luas.



"Bagi mereka yang mahu sambung belajar, saya berharap mereka akan mengambil peluang tersebut untuk meluaskan potensi mereka," ujar Cik Norsila.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >