Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ranking sulung firma guaman terbaik SG papar kerencaman khidmat guaman

Nov 17, 2020 | 05:30 AM



FIRMA guaman Allen & Gledhill tersenarai dalam kesemua 15 kategori ranking Firma Guaman Terbaik Singapura 2021 yang buat julung-julung kalinya disediakan.



Hanya firma itu berjaya meraih pencapaian tersebut.



Namun, kedudukan terbaik dalam kategori undang-undang jenayah diduduki dua firma lebih kecil, iaitu Trident Law Corporation and Eugene Thuraisingam LLP.



Ranking tersebut diusahakan akhbar The Straits Times (ST) bersama firma penyelidikan antarabangsa Statista. Mereka menjalankan tinjauan serupa itu buat kali pertama dalam sejarah bidang guaman.



Menurut satu laporan ST, tinjauan tersebut bermatlamat mengenal pasti firma guaman terbaik di sini dalam 15 bidang, termasuk undang-undang perbankan, kewangan dan pertelingkahan sivil.



Kajian berdasarkan lebih 10,000 saranan daripada 4,716 peguam, anak guam dan rakan sekerjaya.



Keputusan ranking itu, yang diumumkan semalam, diraih berdasarkan maklum balas daripada karyawan bidang guaman dan anak guam.



Mereka menyertai tinjauan tersebut dari 9 Jun hingga 8 Ogos.



Dalam pada itu, tinjauan melibatkan firma besar dan kecil menunjukkan wujud kerencaman dalam pasaran khidmat guaman di Singapura.



Secara keseluruhannya, 98 firma dihimpunkan menerusi 15 kategori.



Firma yang diiktiraf sebagai terbaik dalam sesuatu kategori boleh menggunakan lakri digital rasmi ranking yang menonjolkan lambang ST dan Statista.



Dalam kategori kerja amal, berurusan dengan badan bukan pemerintah (NGO) dan kerja pro bono, firma Adsan Law menduduki tempat teratas.



Pemimpin projek berkaitan firma guaman seantero dunia Statista, Encik Christian Leve, berkata: "Maklum balas yang kami terima begitu mengujakan malah melebihi jangkaan."



Beliau menambah bahawa maklum balas tersebut diperkukuh dengan capaian dan kedudukan ST serta usaha Persatuan Peguam Korporat Singapura (SCCA) yang giat mendekati ramai peguam.



Menurut ST, semua saranan dikaji lalu firma terbaik dikenal pasti dan disenaraikan mengikut saranan demikian.



Dekan fakulti undang-undang Universiti Nasional Singapura (NUS), Profesor Simon Chesterman, berkata: "Bidang guaman Singapura terkenal dengan kerencaman bidang dan ketokohan peguam.



"Oleh itu, ranking sebegini menyediakan lebih banyak maklumat buat anak guam dan sedikit sebanyak bertindak sebagai maklum balas kepada firma."



Ranking penuh boleh diakses di laman https://www.straitstimes.com/multimedia/graphics/2020/11/singapores-best-law-firms-2021/index.html?shell.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >