Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WIRA & SRIKANDI DI BARISAN HADAPAN

Rasa bertanggungjawab sumbang pada kebersihan kejiranan

Apr 26, 2020 | 05:30 AM



KERJA pembersihan di estet-estet semakin penting untuk memastikan pekarangan estet perumahan tidak menjadi tempat untuk virus Covid-19 merebak.



Apabila dihubungi Berita Minggu, Cik Masnah Munkus, pekerja pembersih berkata beliau rasa bertanggungjawab untuk menjaga kemaslahatan penduduk di estet Canberra.



"Dalam situasi seperti ini, kita telah ditugaskan untuk membersihkan kawasan secara lebih menyeluruh.



"Kini kami menggunakan ubat pembasmi kuman khas semasa mengelap permukaan yang selalunya dipegang serta apabila mop lantai," kongsi beliau yang berumur 60 tahun.



Mulai 7 pagi hingga 4 petang, Cik Masnah bertugas membersih sekitar kasawan Blok 120A dan 120B di Canberra Cresent serta tempat letak kereta.



Menurut Cik Masnah yang sudah berkhidmat selama tiga tahun, beliau terdorong untuk meneruskan usahanya apabila dapat melihat senyuman lebar dari penduduk di blok-blok itu.



"Saya bekerja berjam-jam dan ia memang memenatkan kerana ada segelintir orang yang tidak tahu menjaga kebersihan tempat awam dan suka membuang sampah sebarangan.



"Tetapi penduduk di sini memberi semangat apabila mereka menegur saya dan bertanyakan khabar.



"Kadangkala ada juga penduduk yang beri saya minuman atau pun makanan kepada saya semasa waktu rehat saya," kongsinya.



Cik Masnah menambah bahawa beliau juga sentiasa membawa sebotol sanitiser tangan dalam koceknya untuk digunakan sepanjang waktu kerjanya.



Mengongsi dengan lebih lanjut, beliau berharap situasi ini akan kembali seperti sedia kala.



"Mudah-mudahan usaha saya dan rakan-rakan sekerja saya yang turut berusaha membersihkan kawasan perumahan di seluruh Singapura dapat menjadi sumbangan kepada masyarakat dan meredakan situasi ini tidak lama lagi," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >