Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rasional perubahan Pelepasan Cukai Anak bagi Ibu Bekerja dipersoal, AP saran 'pendekatan hibrid'

Feb 23, 2023 | 05:30 AM



BEBERAPA Anggota Parlimen (AP) mempersoal rasional di sebalik perubahan pada Pelepasan Cukai Anak bagi Ibu Bekerja (WMCR) yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023.



Jumlah WMCR adalah berdasarkan peratusan daripada pendapatan yang diperoleh ibu yang layak.



Namun, bagi bayi warga Singapura yang lahir atau anak yang dijadikan anak angkat pada atau selepas 1 Januari 2024, jumlah WMCR adalah tetap.



Encik Louis Chua (GRC Sengkang) menganggap perubahan itu menjadikan WMCR "lebih teruk".



"Walaupun mungkin terdapat sekumpulan ibu bekerja berpendapatan rendah yang akan mendapat manfaat daripada perubahan ini, sebahagian besar ibu bekerja akan menjadi lebih teruk dengan perubahan metodologi ini.



"Dalam konteks membangunkan Singapura mesra keluarga, saya mendapati perubahan ini suatu yang sangat ironis dan bercanggah.



"Berdasarkan anggaran saya berkenaan pendapatan ibu bekerja... sekitar 20 peratus ibu akan meraih manfaat daripada perubahan WMCR... manakala baki 80 peratus ibu tidak akan terjejas atau menjadi lebih teruk," kata beliau.



"Saya tertanya-tanya apakah WMCR benar-benar bertujuan memberi ganjaran kepada keluarga yang mempunyai anak dan menggalak wanita yang sudah berkahwin kekal dalam tenaga kerja selepas mempunyai anak, atau apakah ia mempunyai kesan sebaliknya yang tidak diingini?" tambah Encik Chua.



Encik Dennis Tan (Hougang) berkata ibu berpendapatan sederhana yang bergaji sekitar $4,200 sebulan bakal dapat pelepasan pendapatan yang lebih rendah mulai 2024.



"Sudahkah MOF (Kementerian Kewangan) mengira kesan bersih skim ini terhadap belanjawan, dan apakah ia sesuatu yang menjimatkan wang?" tanya Encik Tan.



Beliau dan Encik Chua menyarankan sebaliknya memberi rebat cukai bagi ibu berpendapatan rendah.



Dalam pada itu, Cik Jessica Tan (GRC East Coast) dan Cik Hany Soh (GRC Marsiling-Yew Tee) menyarankan agar diambil "pendekatan hibrid" dalam isu ini.



"Adalah baik untuk membenarkan pendekatan hibrid WMCR tetap baru bagi mereka yang berpendapatan kurang $54,000 setahun dan bagi mereka yang berpendapatan lebih kekal pada (model) peratusan pendapatan yang diperoleh ibu," kata Cik Tan.



"Saya harap DPM Wong (Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong) akan menimbangkan maklum balas tersebut.



"Tanpa mengira pendapatan yang diperoleh, mengimbangi kerja dan tanggungjawab menjaga anak bukanlah tiada tekanan," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >